Dewan Rakyat 15 Nov 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah kemajuan dan penemuan daripada Program Jejak Inovasi dan juga TAPMosti @ komuniti di negara ini dan bagaimana bantuan TAPMosti @ komuniti boleh dikembangkan lagi dalam usaha untuk terus membimbing komuniti desa dan pedalaman terlibat secara terus dengan Kementerian dalam merintis sains dan teknologi di kalangan mereka. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PAS Padang Terap ]
2. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penyelesaian pihak Kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. Antara faktor yang boleh dikenal pasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Apakah Kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. [ Soalan Tambahan : PAS Pengkalan Chepa, BN Silam ]
3. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah anak yang luar nikah yang direkodkan pada tahun 2008 hingga 2011 mengikut pecahan negeri dan apakah punca utama berlakunya masalah ini serta apakah inisiatif Kementerian bagi membendung gejala tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Bukit Mertajam ]
4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perkembangan penetapan gaji minima di Malaysia, mekanismenya, nama dan latar belakang ahli-ahli dan bilangan mesyuarat yang diadakan serta bilakah jumlah gaji minima akan dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : DAP Bagan, BN Kinabatangan ]
5. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian pihak Kementerian ke atas kenyataan PERKASA yang mengusulkan agar guru-guru yang beragama Kristian tidak dibenarkan mengajar di sekolah Kerajaan. [ Soalan Tambahan : BN Tuaran, Bebas Pasir Mas, BN Tuaran ]
6. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana sistem MRT yang ingin dibina akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan siapakah yang telah melakukan kajian berhubung persoalan ini. [ Soalan Tambahan : PAS Shah Alam, BN Sri Gading ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan fatwa terkini mengenai Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) dan apakah tindakan Kerajaan selanjutnya.
22. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kriteria pemilihan Ahli Lembaga Pengarah sesebuah IPTA milik Kerajaan dalam memastikan semangat kesarjanaan dihayati oleh semua warga universiti.
26. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kesesuaian yang ada untuk Malaysia tidak melanjutkan tempoh kempen pilihan raya ke tempoh yang lebih panjang dan apakah masalahnya meletakkan tarikh pilihan raya untuk diketahui lebih awal seperti kebanyakan negara di dunia.
40. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan bagi membantu pekebun-pekebun kecil getah dan sawit.
Usul 18(1) bahawa Dewan ini Tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (14 November, 2011)
[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B31/ P31 Kementerian Pelancongan - ]
[ Perbahasan - DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau (BN Sri Gading), PAS Kubang Kerian, BN Paya Besar, BN Maran, BN Jempol ]
[ Penggulungan - DAP Rasah, DAP Bakri, PKR Balik Pulau, PKR Sungai Petani, DAP Rasah, BN Sibuti, BN Putatan, DAP Seputeh, DAP Rasah, BN Padang Besar, PKR Balik Pulau, BN Putatan, BN Lipis, PAS Kuala Krai, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, BN Ranau, Bebas Tawau ]
[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B32/ P32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - ]
[ Perbahasan - PKR Lembah Pantai, BN Labuan, BN Sri Gading, PKR Batu, Bebas Wangsa Maju, DAP Bukit Bintang, DAP Seputeh, DAP Bakri, Bebas Kulim Bandar Baru ]
[ Penggulungan - PKR Lembah Pantai, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, Bebas Wangsa Maju, DAP Seputeh, PKR Batu ]
[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B41/ P41 Kementerian Pelajaran ]
[ Perbahasan - BN Bintulu, PAS Pokok Sena, ... ]
Dewan Ditangguhkan pada jam 10.30 malam.
0 comments:
Post a Comment