Dewan Rakyat 1 November 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah subsidi sebenar yang ditanggung oleh Kerajaan dalam membiayai kos minyak diesel dan petrol di negara ini; dan
(b) langkah-langkah proaktif Kerajaan dalam mengurangkan bebanan subsidi untuk membiayai minyak diesel dan petrol di kalangan pengguna kenderaan di negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PKR Mahang ]
2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan terdapat berapa buah syarikat penerbangan sudah sedia menggunakan Lapangan Terbang Batu Berendam untuk pesawat mereka :-
(a) sila berikan jadual dan destinasi masing-masing dan tarikh bermula operasinya; dan
(b) berapakah peratusan penggunaan Lapangan Terbang Batu Berendam setakat ini dan nyatakan usaha Kementerian untuk menambah baik keadaan ini. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Jasin ]
3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) sama ada perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963 (The Malaysian Agreement 1963) masih relevan; dan
(b) adakah perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut telah ditunaikan atau dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, Bebas Sepanggar]
4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah peranan Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dalam membangunkan usahawan Bumiputera; dan
(b) sehingga kini sudahkah PEMANDU mencapai objektifnya atau kewujudannya harus dikaji semula. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Kalabakan, BN Sri Gading ]
5. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah tahap pelaksanaan projek-projek bekalan air, elektrik dan rumah di kawasan luar bandar mengikut negeri dari tahun 2009 hingga kini dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan. [ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Serdang ]
6. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perkembangan pembinaan SJKC Sungai Long, SJKC Kajang dan SJKC Bukit Serdang dan sama ada sekolah-sekolah tersebut akan diizinkan untuk membina bangunan sekolah di atas tapak rizab pendidikan. [ Soalan Tambahan : DAP Serdang, BN Hulu Selangor ]
7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan semangat cintakan tanah air atau patriotisme di kalangan rakyat khususnya di kalangan kanak-kanak, remaja dan belia. [ Tidak Hadir ]
8. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Kerajaan akan memansuhkan cukai import dan memberikan Approved Permit (AP) ke atas kenderaan-kenderaan bomba terpakai yang bakal dihadiahkan oleh organisasi-organisasi luar negeri termasuk Jepun yang akan digunakan untuk tujuan pasukan bomba sukarelawan Malaysia. [ Soalan Tambahan : DAP Jelutong, BN Tangga Batu ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam usaha memartabatkan sistem Pendidikan Negara, adakah kerajaan bermatlamat untuk, mengembalikan perbelanjaan perkapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR - Rendah dan
Menengah), jika tidak, mengapa.
16. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan respon pihak Kerajaan terhadap protes rakyat Malaysia di serata dunia pada 8 Julai 2011 mengenai tuntutan ke arah pilihan raya yang lebih bebas, telus dan adil di Malaysia.
18. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini projek Hospital Shah Alam.
20. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan dan kejayaan yang telah dicatatkan oleh APCO Worldwide sepanjang syarikat tersebut dilantik membantu pentadbiran negara.
24. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membentangkan Akta Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan orang Islam menurut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
26. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menghentikan kutipan bayaran saman oleh pihak polis dan menyerahkan tugas kutipan kepada pihak Pos Malaysia. Ini bagi mengelakkan kejadian rasuah yang berleluasa di kalangan anggota polis.
30. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah cukai yang telah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan selama ini dan berapakah royalti yang telah dibayar kepada negeri-negeri di mana terdapat telaga minyak yang menjadi pengeluar minyak di dalam negara ini mengikut tahun.
Usul 18(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penggulungan dasar semua kementerian sehingga kementerian kewangan dan kemudian ditangguhkan dewan.
c. Perbahasan Rang Undang Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul
1. . (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”
(24 Oktober, 2011) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (31 Oktober, 2011)
[ Penggulungan Peringkat Dasar ]
[ Kementerian Pengangkutan - BN Saratok - DAP Ipoh Barat, BN Putatan, BN Tuaran, BN Putatan, BN Labuan, BN Arau, Bebas Wangsa Maju, DAP Bandar Kuching, Bebas Wangsa Maju, BN Tuaran, DAP Bandar Kuching, Bebas Wangsa Maju, Bebas Tawau, Bebas Sepanggar, BN Labuan ]
[ Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat - BN Senator - DAP Bukit Mertajam, ] [ Rehat ] [ Sambungan - DAP Bukit Mertajam, PAS Kota Raja, PAS Rantau Panjang, PAS Poko Sena, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PAS Pokok Sena ]
[ Kementerian Luar Negeri - BN Serian - PKR Balik Pulau, BN Arau, PKR Balik Pulau, PAS Shah Alam, Bebas Pasir Mas, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, BN Pasir Salak, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah ]
[ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - BN Senator - PKR Subang, Bebas Wangsa Maju, DAP Bukit Bintang, PAS Kota Raja ]
[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - BN Alor Setar - PKr Petaling Jaya Selatan, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PKR Balik Pulau, DAP teluk Intan, DAP Beruas, BN Padang Besar, DAP Bakri, DAP Kota Melaka ]
[ Kementerian Kewangan - BN Tambun - PKR Selayang, PAS Kuala Selangor, PKR Permatang Pauh, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, PKR Selayang, PKR Permatang Pauh, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, DAP Jelutong, DAP Beruas, BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, Bebas Pasir Mas, BN Simpang Renggam, Bebas Pasir Mas, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, PKR Indera Mahkota, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belid, DAP Beruas ]
Dewan ditangguhkan pada jam 8.11 malam.
Esok :-
Usul Potong Gaji Sebulan Perdana Menteri bernilai RM 22,000 Lebih.
Perbahasana Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
0 comments:
Post a Comment