Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
Sidang Dewan ditambah Waktu dari 27 November 2012 dengan 2 hari tambahan iaitu 28 & 29 November 2012
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Dato'
Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
implikasi jangka panjang keputusan Mahkamah Tinggi Australia baru-baru ini
mengenai label pembungkusan kotak rokok kepada firma-firma rokok di
Malaysia. Adakah Malaysia akan mengambil langkah pro-aktif dalam hal ini supaya
label pembungkusan kotak rokok menurut spesifikasi tertentu atau terpaksa
menunggu keputusan Framework Convention on Tobacco Control (FCTC)
sebelum membuat keputusan. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, BN Ledang ]
2. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh
] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah kriteria
pemilihan terhadap jawatan Profesor Gred Turus tidak mengecualikan ahli
akademik yang terlibat di dalam pentadbiran supaya peluang ahli-ahli
akademik yang memperuntukkan sepenuh usaha mereka kepada bidang
penyelidikan tidak terjejas. [ Soalan Tambahan : PAS PAsir Puteh, BN Maran ]
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]
minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan
apakah kajian terbaru telah dilakukan berkenaan kemungkinan
berlakunya gempa bumi di Malaysia memandangkan kejadian tersebut kerap
berlaku di negara jiran dan seluruh dunia kebelakangan ini.[ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Kepong, DAP Batu Gajah ]
4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota
] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai penjualan
NPL oleh bank-bank tempatan kepada pihak asing sebagaimana yang telah
diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan apakah manfaat yang kita dapati
daripada keputusan itu. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Tangga Batu ]
5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ]
minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah jangka
panjang dan jangka pendek yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) mendapat tempat
sebagai pendidik dan apakah langkah segera yang akan diambil bagi
memastikan Graduan ISMP yang tamat pengajian mereka tahun ini mendapat
tempat di sekolah-sekolah. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Sik ]
6. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang
Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) rancangan
Kementerian bagi memastikan pesakit wanita terutama pesakit puan hanya
dilayan oleh petugas dan doktor sakit puan wanita; dan
(b) nisbah
bilangan pegawai perubatan sakit puan dan pesakit sakit puan
terkini. [ Soalan Tambahan : PAS Padang Terap, BN Parit Sulong ]
7. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [
Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan
projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dan nyatakan bila lebuh raya ini dapat
digunakan sepenuhnya oleh pengguna. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PKR Indera Mahkota ]
8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya
Selatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapa wujudnya dua (2)
Badan Lembaga Pengelola SJK(C) Jinjang Utara dan mengapa Kementerian
meluluskan Lembaga Pengelola yang baru sedangkan Lembaga Pengelola lama
masih berfungsi seperti biasa.[ Tidak Hadir ]
9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [
Langkawi ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) adakah
Non-Aligned Movement (NAM) masih lagi releven memandangkan keadaan
geopolitik semasa; dan
(b) bagaimana pula
dengan peranan Malaysia di dalam OIC dan bagaimana Global Movement of
Moderates yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri boleh memainkan peranan
di kedua-dua buah badan tersebut. [ Dikemukakan tanpa soalan tambahan ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
12. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [
Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang tahap ancaman
teroris kepada negara hari ini.
20. Tuan Haji
Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapakah jumlah golongan profesional negara dan bidang kepakaran mereka
yang sedang berkhidmat di luar negara.
31. Dr. Siti
Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah tindakan yang diambil
terhadap mereka yang menjalankan aktiviti mengemis di bawah Akta Orang
Papa semenjak tahun 2000 dan dari jumlah ini beberapa peratus terdiri dari
OKU.
35. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan sama ada Tol Batu 3 dan Sungai Rasah akan dimansuhkan
pada hujung tahun ini ataupun sebaliknya.
c. RANG
UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di
Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan)
2012
2. Menteri
Kewangan * Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012
3. Menteri
Kewangan * Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012
4. Menteri
Kewangan * Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012
5. Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang
Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012
Usul 12(1) bahawa dewan Tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Perbahasan Bajet Kementerian Dalam Negeri dan yang berkaitan dengan bajet 2013.
d. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam
Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (21 November, 2012)
[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Dalam Negeri - PKR Machang, BN Sri Gading, DAP Puchong, BN Rembau, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, Bebas Padang Serai, BN Lipis ]
[ Rehat ]
[ Perbahasan- BN Lipis, PKR Balik Pualau,.... PAS Kota,... Bebas Wangsa Maju, ] [ Penggulungan -PKR Tanah Merah, Bebas Padang Serai, PKR Balik Pulau, DAP Puchong, BN Kota Belud, DAP Puchong, DAP Teluk Intan, BN Kota Belud, DAP Puchong, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, DAP Bukit Bendera, DAP Bukit Mertajam, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah ]
0 comments:
Post a Comment