Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Dato' Haji
Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta
MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah jumlah terkini Kompeni Askar
Wataniah Parlimen yang ditubuhkan serta apakah peranan yang dimainkan
oleh Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah dalam membangunkan modal
insan Kompeni Askar Wataniah Parlimen tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, BN Kalabakan ]
2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala
Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan
bersedia meluaskan skop siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai
pemberian warganegara kepada pendatang asing di Sabah kepada negeri-negeri
di Semenanjung. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, BN Ledang ]
3. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian sedar
bahawa kebimbangan rakyat semakin meningkat tentang ancaman kegiatan
jenayah adalah kerana cara melakukan jenayah yang semakin ganas, berani
dan kejam di tempat-tempat awam dan kediaman. Apakah langkah diambil untuk
memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan PDRM melindungi rakyat
daripada ancaman penjenayah. [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PKR Machang ]
4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala
Kedah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejak Kementerian
melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional. Salah satu elemen
utama yang diperlukan ialah pengiktirafan pembelajaran bukan formal dan
tidak formal melalui Pengakreditan Pembelajaran
Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL):-
(a) berapakah
jumlah pelajar yang telah mendapat manfaat dari APEL ini, mengikut bidang
dan institusi yang memberi tauliah; dan
(b) apakah bentuk
kempen yang telah dijalankan untuk meningkatkan sasaran jumlah pelajar
tahunan. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Jempol ]
5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ]
minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan jumlah perpustakaan desa di seluruh negara dan setakat
ini, berapa jumlah perpustakaan desa yang dilengkapi dengan WiFi bagi
menarik lebih ramai pengunjung. [ Soalan Tambahan : BN Parit, PKR Indera Mahkota ]
6. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [
Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah milikan
tanah oleh PERDA dan JKP di kawasan Parlimen Balik Pulau yang belum
dibangunkan. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Arau ]
7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin
Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
bilakah pihak Kementerian akan menghantar seorang doktor pakar jantung ke
Hospital Tawau untuk menggantikan tempat doktor yang sudah hampir setahun
bersara. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Kota Kinabalu ]
8. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ]
minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa
jumlah unit geran hartanah strata di Semenanjung Malaysia yang masih lagi
belum menerima geran hakmilik strata tersebut. Apakah sebabnya mereka
masih lagi belum menerima geran hakmilik strata itu. [ Soalan Tambahan : Bebas Nibong Tebal, BN Maran ]
9. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [
Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan pasca PRU12
pada 2008 memperlihatkan kewujudan pelbagai parti yang memerintah
negeri-negeri, dan ada ura-ura yang memungkinkan PRU13 diadakan pada
tarikh-tarikh yang berbeza, adakah pihak Kerajaan akan mencadangkan tempoh
penggal PRU yang "tetap" sebagai usaha untuk mengurangkan kos
dan mengurangkan terlalu banyak berpolitik oleh partiparti yang terlibat.
[ Tidak Hadir ]
10. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [
Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah asas
dan perkiraan penilaian yang diambil untuk mewajibkan Ujian Kelayakan
(Imtihan Qabul) oleh Yayasan AsSofa bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran
ke Mesir, sedangkan para pelajar tersebut telah lulus dalam peperiksaan
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
(b) senaraikan
kelayakan dan pemeriksa kertas bagi peperiksaan Ujian Kelayakan (Imtihan
Qabul) bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Universiti
Al-Azhar, Mesir dan berapakah jumlah calon-calon yang telah menduduki
peperiksaan tersebut sejak mula dilaksanakan hingga kini. [ Soalan Tambahan : PAS Baling ]
11. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]
minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kejayaan
telah dicapai di seluruh negeri Sarawak setakat masa kini, dalam usaha
Kerajaan menerusi dasar-dasar dan programprogram dari Kementerian Pelancongan
membantu penduduk-penduduk luar bandar mencapai pendapatan yang baik.
[ Soalan Tambahan : ]
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan mengikut statistik yang
dikeluarkan bagi setiap 15 minit akan berlaku satu penceraian dan bagi
setiap 18 minit akan lahir seorang anak luar nikah di kalangan
masyarakat Islam Malaysia. Adakah ini benar, jelaskan apakah langkah
Kerajaan untuk mengatasi perkara ini .[ Soalan Tambahan : ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
berapakah jumlah duti import dan eksais untuk kereta yang
telah diperolehi bagi tahun 2011.
24. Dr.
Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan dasar pengecualian cukai ke atas kereta
hybrid mesra alam, apakah akan diteruskan.
28. Dr. Che
Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI
TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah
kajian, perancangan dalam mewujudkan insentif kepada masyarakat
yang menggunakan teknologi hijau untuk kegunaan harian.
32. Tuan Haji
Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan bentuk pemantauan dan kawalan yang dilakukan
terhadap penyebaran mazhab-mazhab yang lain dari kefahaman akidah ahli
sunnah wal jamaah.
34. Tuan Mohd
Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan
berapakah kekerapan Kementerian, JPJ atau JKJR mengadakan taklimat atau
hebahan media kepada pengguna jalanraya berkaitan Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) untuk memberikan kesedaran pengguna berhubung
perlaksanaan sistem ini.
39. Dr. Siti
Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peratusan OKU yang menjadi kakitangan
Perkhidmatan Awam dan juga yang berkhidmat dalam sektor swasta mengikut
kategori kecacatan. Bilakah pihak Kerajaan bercadang mengadakan satu garis
panduan lengkap bagi pengambilan OKU bekerja dalam sektor awam.
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan kementerian pengangkutan, kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan
tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis
(20 November, 2012)
[ Penggulungan - Kementerian Pengangkutan - DAP Bukit Bintang, BN Ledang, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah, DAP Jelutong, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan, PAS Shah Alam, DAP Ipoh Barat, BN Putatan, BN Kinabatangan, Bebas Tawau, PKR Lembah Pantai, BN Putatan, PAS Kota Raja, PAS Shah Alam, BN Kinabatngan, Bebas Wangsa Maju, BN Kinabatangan, DAP Taiping, PAS Pokok Sena, BN Kuala Krau, PAS Pokok Sena, DAP Jelutong, BN Kuala Krau, PAS Pokok Sena ]
[ Rehat ]
[ Penggulungan- DAP Kota Melaka, BN Tangga Batu, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, DAP Serdang, PAS Pokko Sena, PAS Shah Alam ][ Belah bahagian 1 - Setuju 78, Tak Setuju 49 ]
[ Belah Bahagian 2 - Setuju 80, Tak Setuju 49 ]
[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Pengajian Tinggi - PAS Kubang Kerian, BN Parit Sulong, PKR Machang, BN Jempol, DAP Bukit Mertajam, Bebas Pasir Mas, BN Gelang Patah, PKR Lembah Pantai, BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, BN Kanowit, PAS Hulu Langat ]
[ Penggulungan -PAS Kubang Kerian, PKR Balik Pulau, PKR Lembah Pantai, PAS Hulu Langat, PKR Indera Mahkota ]
[ Perbahasan Kem. Pertahanan -PKR Machang, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, BN Lipis, PKR Batu, BN Kuala Krau, PAS Kuala Selangor, BN Maran, DAP Teluk Intan, BN Tangga Batu, DAP Batu Gajah, BN Silam ]
[ Penggulungan - PKR Batu, PKR Machang, DAP Teluk Intan, Pengerusi, BN Maran, DAP Teluk Intan, BN Tangga Batu, PAS Kuala Selangor, DAP Teluk Intan, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PAS Kuala Selangor, DAP Teluk Intan ]
Dewan Ditangguhkan pada Jam 10.00 malam.
0 comments:
Post a Comment