Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Haji
Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah bilangan
Syarikat Franchise dari Malaysia yang telah dapat menembusi pasaran
antarabangsa dan senaraikan syarikat-syarikat tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PKR Machang ]
2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala
Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai
prosedur pemberian lesen memandu kepada pekerja warga asing (yang
mempunyai permit kerja) dan penduduk tetap serta pelajar warga asing yang
menuntut di Malaysia. Berapakah jumlah permohonan serta status
kelulusan dari kategori ini serta apakah caj tambahan dikenakan kepada
mereka. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah ]
3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ]
minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah usaha Kementerian
untuk memantau kualiti kerja penyelenggaraan jalan raya yang telah
diswastakan di negeri Sarawak walaupun difahamkan bahawa piawaian dan
spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya telah dicapai tetapi
sehingga kini masalah kerosakan dan kualiti jalan raya yang telah
diselenggara masih amat tidak memuaskan sehingga menggugat keselamatan
pengguna jalan raya. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu ]
4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ]
minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan
bercadang menubuhkan skim pampasan kepada pesakit tercedera atas sebab
vaksinasi, contohnya pesakit autism. Apakah kedudukan sebenar penyakit
autism di Malaysia dan Program Kerajaan mencegah penyakit ini. [ Soalan Tambahan : DAP Cheras, BN Silam ]
5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha melaksanakan langkah konkrit bagi
membendung tekanan inflasi negara dan sejauh manakah keberkesanan Kerajaan
yang telah memperkenalkan NKRA Menangani Kos Sara Hidup bagi
menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam menangani kenaikan kos makanan dan barangan.
[ Soalan Tambahan : BN Libaran, DAP Kepong ]
6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai
Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah caranya seorang
pekerja asing yang telah merujuk majikannya ke Mahkamah Buruh ataupun
Mahkamah Perusahaan boleh mendapatkan permit kerja untuk bekerja dengan
majikan lain. Mengapakah begitu payah untuk mendapatkan permit kerja
sementara ini. [ Tidak Hadir ]
7. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya
Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan pelaksanaan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) 2012-2020 untuk mencapai sasaran sektor bagi meningkatkan sumbangan
Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) kepada 41 peratus daripada 32 peratus pada masa kini. [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, Bebas Pasir Mas ]
8. Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim
Bandar Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI
DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) adakah
Kerajaan menyedari sukarnya produk bumiputera dipasarkan di pasaraya dan
hypermarket, dan jika ada pun terlalu diskriminatori seperti diletakkan di
bahagian tersorok dan terpencil; dan
(b) mengapa label
DNA Khinzir diguna pakai sedangkan lebih mudah difahami oleh rakyat jika
dilabel terus “MENGANDUNGI BAHAN BABI” dan dicatat “TIDAK HALAL” di luar
produk tersebut. [ Tidak Hadir ]
9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ]
minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) adakah FELCRA
bercadang untuk mewujudkan Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah kepada
peneroka-peneroka FELCRA; dan
(b) apakah
usaha-usaha yang dijalankan oleh FELCRA bagi menyelesaikan isu perumahan
generasi kedua FELCRA di Jempol. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PAS Padang Terap ]
10. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [
Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
langkah-langkah Kerajaan yang diambil bagi mengelakkan terjejasnya harga
pasaran hartanah dan lebihan hartanah yang tidak dijual dengan pengumuman
projek KLIDB dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD)
memandangkan KLCC masih lagi mengalami 17 peratus kekosongan hartanah.
[ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu
Langat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
jumlah dan nilai projek perumahan yang terbiar dan terbengkalai di kawasan
Parlimen Hulu Langat, apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk
menghidupkan semula
projek tersebut.
14. Tuan
Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan bilakah Jalan Alor Setar-Kota Putra akan
disempurnakan memandangkan masih ada jalan yang seolah-olah tidak terlibat
dalam penaiktarafan seperti antara Felcra Bukit Tampoi dan Pokok Sena yang
amat daif.
26. Dato'
Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan nama syarikat serta
pemiliknya yang diberi kebenaran pemegang lesen mengimport gula dan adakah
Kementerian bercadang memperbanyakkan lagi syarikat pemegang lesen
pengimport gula.
30. Tuan
Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan usaha yang diambil untuk mengatasi kekurangan sepuluh ribu guru
J-QAF yang lewat dan bilakah akan dimulakan pengajaran J-QAF ke peringkat
Sekolah Menengah dan apakah punca-punca sebenar berlakunya masalah ini.
33. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan sama ada projek pembinaan Hospital Shah Alam berjalan mengikut
jadual atau sebaliknya.
34. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan kamera
perangkap laju yang berada di dalam kendalian PDRM dan berapakah harga
seunit kamera tersebut.
35. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [
Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan isu kenaikkan harga barang semakin ketara pada
musim perayaan. Apakah tindakan Kementerian.
37. Dato'
Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan bilakah Jambatan Manek Urai yang dijanjikan dalam
Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai Kelantan dapat digunakan oleh
pengguna-pengguna jalanraya.
44. Tuan Haji
Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan
dasar MBM + MBI telah dilaksanakan untuk menggantikan PPSMI yang belum
muktamad pemansuhannya. Apakah dasar Kerajaan yang sebenarnya mengenai PPSMI,
adakah muktamad ditarik balik atau ada tolak ansur yang akan atau masih
berlaku.
Usul 12 (1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012)
[ Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan- BN Hulu Selangor, PAS Kota Raja, BN Kinabatangan, DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Silam,...]
[ Rehat ]
[ Penggulungan- ..., PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Bakri ] [Penggulungan-PKR Kuala Kedah, DAP Ipoh Barat, ]
[ Kementerian Belia & Sukan- BN Jempol, DAP Teluk Intan, BN Kinabatangan, PAS Jerai, PKR Kelana Jaya, BN Lipis, .. PAS Padang Terap, DAP Serdang] [ Penggulungan-BN Arau, BN Lipis, BN Lenggong, PAS Padang Terap ]
[ Kementerian Sumber Manusia - DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, BN Jasin ]
Dewan ditangguhkan pada jam 9.30 malam.
0 comments:
Post a Comment