Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk
Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan apakah penemuan dan pencapaian terkini dalam penggunaan
tenaga baru atau alternatif yang lebih mesra alam bagi kegunaan negara ini
sebagai gantian kepada penggunaan bahan bakar fosil
seperti petroleum,
arang batu dan gas asli. [ Soalan Tambahan : BN Tenom, PAS Rantau Panjang ]
2. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota
] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
apakah perkembangan terkini mengenai status usahasama perdagangan
perusahaan dan pelaburan dengan negara China terutamanya usahasama Taman
Perindustrian Malaysia China di Kuantan Pahang. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota ]
3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd.
Muttalib [ Maran ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
berapakah jumlah persatuan belia berdaftar dan aktif dalam jangka masa
lima tahun ini. Apakah ada bentuk pemantauan tertentu bagi mengelakkan
persatuan belia ini terjerumus dan terpengaruh kepada aktiviti yang kurang
sihat. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Jerai ]
4. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [
Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah
kecederaan akibat permainan mercun di seluruh negara sejak 3 tahun
kebelakangan ini, mengikut kategori kaum. Apakah punca kegagalan agensi
penguatkuasaan dalam membendung penyeludupan mercun ke negara ini. [ Soalan Tambahan : PKR Ketereh, BN Kinabatangan ]
5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa kesan buruk atau
sebaliknya terhadap ekonomi Malaysia akibat masalah kemelut kewangan dan
kemelesetan ekonomi yang berlarutan melanda Eropah. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, ]
6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok
Sena ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan
tentang projek Malaysian Institute of Aviation (MIAT) Subang:-
(a) berapakah kos
keseluruhan projek tersebut dan nama syarikat kontraktor yang telah
dipilih untuk membina projek tersebut; dan
(b) adakah
Kementerian telah menjalankan 'Value Management Lab' bagi memastikan
projek tersebut dilaksanakan secara optima dengan siling yang
ditetapkan. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, ]
7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Ketua Polis
Daerah yang terdapat di Sabah. Nyatakan juga berapa Ketua Polis Daerah
yang disandang oleh anak tempatan Sabah serta keturunan berbilang bangsa
dan pangkat-pangkat yang diperolehi oleh mereka. [ Soalan Tambahan : BN Ranau, Bebas Sepanggar ]
8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [
Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan di bawah NKEA Kerajaan mensasar perusahaan getah
menyumbangan sebanyak RM 52.9 bilion kepada GNT menjelang 2020 (2010 RM
24.7 bilion), adakah ini akan tercapai
memandangkan turun
naik harga getah yang tidak terkawal dan terlalu tinggi kadarnya . [ Soalan Tambahan : PAS Sik ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
14. Dato' Dr.
Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan
perancangan pihak MADA untuk menyelesaikan masalah sawah padi yang menjadi
jerlus kerana penggunaan jentera berat untuk membajak dan menuai sehingga
ada yang menjadi sawah terbiar sekarang ini.
16. Puan Siti
Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan mengapakah perlu Jawatankuasa Khas dibentuk dalam isu
royalti kepada Kelantan sedangkan perkara yang sama tidak wujud untuk
Sabah, Sarawak dan Terengganu sebelum ini serta kenapa tempoh 6 bulan
diperlukan.
20. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama
ada daftar pemilih telahpun dibersihkan daripada pengundi-pengundi yang
didapati mencurigakan seperti yang beralamatkan sesebuah rumah yang mana
tuan rumah sendiri tidak mengenali mereka.
27. Dato'
Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula Akta 355, Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, berikutan banyaknya desakan
daripada badan-badan bukan Kerajaan (NGOs) dan individu-individu perseorangan
yang menuntut akta tersebut dikaji semula.
30. Tuan
Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah warga asing yang telah diberi taraf
kewarnegaraan, diberi kad pengenalan (My Kad) dan telah mendaftar
sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya yang menetap
di
Terengganu dan
Pahang mengikut pecahan daerah.
37. Dato'
Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah tarikh siap Perumahan Awam di Gua
Musang seperti yang dijanjikan masa Pilihanraya Kecil DUN Galas Kelantan.
c. RANG
UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber
Manusia * Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2012
Usul 12(1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.
d. Perbahasan Rang
Undang-Undang Bagi Bacaan Kali kedua dan Usul
1. Perdana
Menteri akan mencadangkan :
BAHAWA, Israel
telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi ‘Pillar of
Defence’ pada 14 November 2012 ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi
pengeboman dan serangan udara, laut dan darat;
BAHAWA, serangan
Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli
undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang
kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta
merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949
mengenai Perlindungan OrangOrang Awam Dalam Masa Perang ;
BAHAWA, rakyat
Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi
penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan
melampau ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan
hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di
Gaza; dan
BAHAWA, rakyat
Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat
antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang
dilakukan ke atas Wilayah Palestin di Gaza.
DENGAN INI Dewan
ini mengambil ketetapan seperti berikut :
1) Mengecam sekeras-kerasnya
serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang
mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan
wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan
infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah
Palestin di Gaza dan Tebing Barat;
2) Menggesa Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya
Israel menghentikan dengan serta-merta serangan ketenteraannya
ke atas Wilayah Palestin di Gaza melalui
gencatan senjata
dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;
3) Menggesa
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan Sesi
Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu –
“Uniting For Peace” – di bawah Resolusi 377A (V) sekiranya Majlis
Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu gagal menjalankan tanggungjawabnya;
4) Menggesa
pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses
damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah
ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin
dan konflik Arab-Israel;
5) Memutuskan
Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama
Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara
sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung
prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah
sekarang;
6) Menzahirkan
sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah
mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;
7) Menyeru rakyat
Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan
menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;
8) Merayu kepada
masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada
penduduk Wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta;
9) Menggesa Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyiasat dan mengambil
tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas penjenayah perang Israel
yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat
Palestin; dan
10) Mengambil
keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan
dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen
Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
[ Perbahasan- PKR Permatang Pauh, BN Arau, DAP Ipoh Timur, BN Tebrau, PAS Marang, BN Hulu Selangor, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Tumpat, Bebas Sepanggar ] [ Rehat ] [ Penggulungan-BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas ]
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam
Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012)
[ Sambungan Perbahasan - Kementerian Sumber Manusia- BN Batang Sadong, BN Sri Gading, BN Lipis ] [ Penggulungan-DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat (PERKESO), DAP Klang, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat ]
[ Kem.Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan -BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, Bebas Pasir Mas, BN Tangga Batu, BN Silam, PKR Balik Pulau, BN Lenggong, BN Tenom, PKR Tanah Merah, PKR Ketereh, DAP Bakri, BN Lipis, PKR Indera Mahkota, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Kelana Jaya ]
[Penggulungan- ]
[ Kem.Pengangkutan- PAS Kota Raja, BN Sekijang, PKR PJ Selatan, BN Puatatan, DAP Batu Gajah, BN Jasin, PAS Pokok Sena, Bebas Wangsa Maju ][Penggulungan-]
0 comments:
Post a Comment