Perbahasan Dewan Rakyat 13 November 2008
Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah mekanisme Kerajaan untuk memastikan bekalan mencukupi untuk pasaran makanan supaya harga minyak masak tidak melambung naik, yang pasti akan terus membebankan rakyat kita, memandangkan kecenderungan pihak swasta untuk menjual minyak sawit sebagai bahan mentah untuk biodiesel dan bukan untuk pasaran makanan.
- Soalan tambahan - BN Silam, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik),
2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai apakah faktor yang menyebabkan terdapat peralatan yang canggih di hospital Kerajaan tetapi tidak mempunyai pakar untuk mengendalikannya khususnya di kawasan pedalaman termasuk di Hospital Langkawi.
- Soalan tambahan - PKR Kuala Kedah, BN Jempol,
3. Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan kualiti kereta Proton setaraf dengan kereta-kereta mewah lain tanpa meningkatkan harga supaya disukai, menarik dan diminati oleh penduduk Malaysia amnya dan dunia khasnya.
- Soalan tambahan - BN Sabak Bernam, PKR Bayan Baru,
4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan bot pukat tunda yang telah didenda atau di saman kerana melakukan kesalahan ketika beroperasi di laut di (a) seluruh negara dan (b) di Pahang; dan
(b) apakah jenis kesalahan-kesalahan tersebut dan bilangannya mengikut kesalahan.
- Soalan tambahan -PKR Kuantan, BN Putatan,
5. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah anggota tentera di negara ini serta pecahan mengikut jantina dan kaum. Apakah langkah-langkah terkini yang diambil bagi meningkatkan profesionalisme anggota dan usahausaha memperbaiki kebajikan mereka khasnya di kalangan anggota yang berpangkat rendah.
-Soalan tambahan - BN Pontian, PKR Padang Serai,
6. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah jumlah perbelanjaan secara terperinci mengikut acara sukan untuk menyiapkan atlet negara serta kos mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. (TIDAK HADIR)
7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah rumah-rumah panjang yang belum dapat dihubungi dengan jalan raya di Sarawak. Apakah cadangan Kementerian untuk menyelesaikan / mengurangkan beban penduduk di kawasan-kawasan tersebut. (TIDAK HADIR)
8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kenapakah pelantikan Naib Canselor (VC) di universiti-universiti di negara ini tidak mengikut kelayakan para ahli akademik dan masih berasaskan pengaruh politik.
- Soalan tambahan - PAS Baling (Teks sila klik), BN Batu Pahat, DAP Bukit Mertajam, DAP Batu Gajah,
9. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bercadang menyekat kemasukan lambakan produk barangan elektrik yang tidak berkualiti ke negara ini.
- Soalan tambahan - BN Sekijang,
10. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah keuntungan syarikat-syarikat televisyen dan penyiaran swasta di negara ini serta cukai yang dikutip daripada mereka semenjak tahun 2004 sehingga kini.
- Soalan tambahan - PKR Indera Mahkota,
11. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan mengiktiraf kursus Sarjana Muda Undang-undang (LLB Hons) yang ditawarkan di Universiti Multimedia dan Universiti Utara Malaysia dan mengapakah Kementerian membenarkan kursus ini ditawarkan kepada para pelajar sekiranya ia tidak mendapat pengiktirafan MQA memandangkan kedua-dua Universiti ini adalah milik Kerajaan.
- Soalan tambahan - BN Papar, DAP Puchong,
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 12 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah yang diambil bagi menangani pembuangan kerja warga industri dari sudut pembelaan undang-undang dan kebajikan mereka dan berapakah peruntukan yang ditetapkan.
Soalan No. 14 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan penyelidikan ke atas padi dan apakah hasil-hasil penyelidikan yang dapat dikomersialkan bagi meningkatkan hasil padi negara.
Soalan No. 26 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tentang sejauh mana:-
(a) perkembangan dan kejayaan projek Cyberjaya; dan
(b) perkembangan projek Bandar Bio (Bio City). Apakah matlamat akhir projek Biocity dan sejauh manakah sumbangannya di dalam memanfaatkan tenaga tempatan dan syarikat tempatan.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Peraturan Mesyuarat oleh DAP Bukit Gelugor
2. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B21/P21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani .
- Pembahas - DAP Rasah (11.34 pagi); PAS Pendang (Teks sila klik)(11.37 pagi); BN Batu Pahat (11.41 pagi); DAP Bukit Mertajam (11.42 pagi); DAP Rasah (11.43 pagi); PAS Kuala Krai (11.46 pagi); PAS Titiwangsa (11.57 pagi); BN Lipis (11.58 pagi); PAS Pokok Sena (Teks sila klik) (12.01 tengahari); BN Labuan (12.17 tengahari);
-Menteri Menggulung -
- Pencelahan - PSM sungai Siput (12.32); PAS Pokok Sena (12.34); BN Ranau (12.37), PAS Pendang (12.39); PKR Machang (Teks sila klik)(12.44), PAS Titiwangsa (12.47); PKR Machang (12.49); PAS Pokok Sena (12.54); PKR Machang (12.59). Mesyuarat ditangguh.
- Pencelahan - PAS Pokok Sena (2.38); BN Jasin (2.43); PAS Tumpat (Teks sila klik) (2.47); BN Pontian (2.56); BN Kinabatangan (2.56); PKR Padang Serai (2.58); PAS Baling (Teks sila klik)(3.08); BN Batu Pahat (3.12); DAP Rasah (3.25); PKR Padang Serai (3.29); DAP Kota Melaka (3.32)
2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan dan Pembangunan B22/P22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. (3.39)
- Pembahas - BN Batang Sadong (3.39); PAS Pendang (Teks sila klik)(3.46 petang); BN Kota Belud; PAS Kuala Krai (Teks sila klik); BN Batu Pahat; PAS Tumpat (Teks sila klik); BN Rembau; PKR Bandar Tun Razak; BN Mambong; PAS Rantau Panjang (Teks sila klik); BN Limbang; PSM Sungai Siput; BN Silam; PAS Kuala Selangor (Teks sila klik); BN Parit; PKR Tanah Merah; BN Kapit; PAS Titiwangsa (Teks sila klik); BN Lipis (DAP Kepong, PKR Ampang, BN Batu Pahat);
- Menteri Menggulung -
Mesyuarat Tamat jam 5.30 petang dan disambung jam 10.00 pagi 17 November 2008.
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment