Perbahasan Dewan Rakyat 20 November 2008
Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan ada menubuhkan Majlis Ekonomi Negara atau Badan Perunding Ekonomi; dan
(b) keanggotaan badan-badan tersebut dan fungsi-fungsi mereka.
- Soalan tambahan - BN Pasir Salak, PKR Sungai Petani,
2. Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan tanah liat kaolin dan pasir selika.
- Soalan tambahan - PAS Bukit Gantang (Teks sila klik)(10.17), BN Kapit,
3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah tindakan oleh KPKT untuk menentukan agar ahliahli majlis PBT dapat melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan berkesan dan bagaimanakah Kementerian menilai keberkesanan mereka; dan
(b) apakah Kementerian bercadang untuk menetapkan kriteria pemilihan ahli-ahli majlis PBT perlu terdiri daripada ahli profesional.
- Soalan tambahan - BN Tenggara, DAP Kepong,
4. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyak projek rumah murah yang sedang dilaksanakan di kawasan Merbok, dan sila senaraikan projek-projek sedemikian serta kontraktornya yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
-Soalan tambahan - PKR Merbok, BN Arau,
5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan semenjak tahun 2000 sehingga kini, berapa ramai banduan telah diberi pengampunan atau peringanan hukuman oleh Jemaah Pengampunan Negeri.
- Soalan tambahan - BN Lipis, PAS Bachok (Teks sila klik)(10.50),
6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional pelantikan HDC sebagai badan rasmi pensijilan halal menggantikan JAKIM.
- Soalan tambahan - PKR Gombak (Teks sila klik) (10.52), BN Ledang,
7. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-
(a) cadangan pembinaan Jalan Ulu Skrang dengan jarak 25 km telah diluluskan dalam RMK-7 tetapi hanya siap 8 km sahaja; dan
(b) cadangan pembinaan jalan Ulu Lemanak dan Lemanak ke Ulu Engkari yang telah diluluskan sejak RMK-6 dengan jarak 57.5 km tetapi hanya siap 10 km sahaja.
- Soalan tambahan - BN Lubok Antu,
8. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah halangan dari segi undang-undang yang melarang pengimportan simen (cement) dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan apakah sebab-sebab kewujudan larangan tersebut.
- Soalan tambahan - DAP Bandar Kuching, Bebas Sepanggar,
9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang memasukkan sungai-sungai di negeri Sarawak diterapkan di bawah misi satu sungai, satu pelan dan satu pengurusan dan objektif Kerajaan supaya sungai tercemar di baik pulih dan masalah banjir diatasi. Jika ada, bila Kerajaan akan melaksanakannya. Jika tiada, nyatakan sebab-sebabnya. (TIDAK HADIR)
10. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pelancong yang diberi Visa on arrival (VOA) sejak dimulakan dan berapakah yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut dan dari negara mana.
- Soalan tambahan - PAS Pendang (Teks sila klik)(11.09), BN Mambong,
11. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada kelemahan pengurusan Kerajaan menjadi punca kepada kenaikan kadar inflasi atau ia disebabkan faktor-faktor lain. Sila jelaskan. (TIDAK HADIR)
12. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang dan pecahan penyakit yang dihidapi.
- Soalan tambahan - PAS Padang Terap (Teks sila klik)(11.18), BN Pontian,
13. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa pegawai-pegawai Kerajaan yang bertugas di Sabah dan Sarawak lebih cepat berpeluang untuk naik pangkat berbanding dengan pegawaipegawai yang bertugas di Semenanjung dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut.
- Soalan tambahan - BN Hulu Terengganu,
14. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan identiti pihak swasta yang dipertanggungjawabkan oleh RISDA dan FELCRA untuk mengendalikan Skim-skim Perladangan di kawasan Sungai Siput termasuk Pos Perowor, Pos Legap, Kg Kajang, Kg Ulu Chenein dan Pos Poi dan juga Kg Pelantuk, Chemor, Perak. (TIDAK HADIR)
15. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) bilangan pendatang asing ke negeri Sarawak mengikut negara asal masing-masing daripada tahun 2007 sehingga bulan Jun 2008; dan
(b) bilangan pendatang tanpa izin antara jumlah ini. (TIDAK HADIR)
16. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah royalti minyak yang telah diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari tahun 1990 hingga sekarang.
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 19 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan tentang permit teksi milik individu.
(a) apakah telah ditawarkan semula setelah dibekukan sejak tahun 2004, Jika sudah ditawarkan berapa permit telah dikeluarkan; dan
(b) apakah permit baru mewajibkan penggunaan NGV.
Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah projek dan nilainya yang telah diluluskan sejak RMK-9 dilancarkan hingga ke hari ini dan adakah Kerajaan masih mengamalkan dasar tender rundingan terus atau telah mengamalkan tender secara terbuka.
Soalan No. 30 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengubah sikap (petani dan penternak pasif serta pegawai pertanian yang tidak komited) dan adakah Kementerian merasakan peruntukan yang disediakan telah mencukupi supaya projek-projek pertanian di luar bandar benar-benar berjaya.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Menteri menyambung penggulungan perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B25/P25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Pencelahan - BN Sri Gading, (10.37), PKR Lembah Pantai (Teks sila klik) (10.42), PAS Kuala Selangor (10.44), DAP Kepong (11.47), BN Kinabatangan (11.48)
2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan dan Pembangunan B26/P26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
-Pembahas - Bebas Pasir Mas (Teks sila klik) (12.01), BN Pontian (12.17), DAP Telok Intan (12.20), BN Arau (12.30), PAS Baling (Teks sila klik) (12.33), BN Batang Sadong (12.43), (PKR Indera Mahkota (12.52),
- Pembahas - BN Hulu Terengganu (2.31), PAS Hulu Langat (Teks sila klik) (2.47), BN Labuan (2.53), DAP Rasah (3.00), BN Batu Pahat (3.05), PKR Gombak (Teks sila klik) (3.15), BN Silam (3.24), DAP Kota Melaka (3.31), DAP Batu Gajah (3.53), BN Kinatangan (3.55), PAS Titiwangsa (Teks sila klik) (4.02), BN Limbang (4.07), PAS Pendang (Teks sila klik) (4.11), BN Jempol ( 4.17), DAP Cheras (4.30), BN Lenggong (4.41),
- Menteri Menggulung (4.52) - PKR Gombak (Teks sila klik) (4.57), Bebas Pasir Mas (5.07), DAP Taiping (5.13), BN Pasir Salak (5.17), Bebas Pasir Mas (5.21), DAP Cheras (5.27)
Majlis ditamat pada jam 5.30 petang dan disambungkan pada jam 10.00 pagi 24 November 2008.
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment