Perbahasan Dewan Rakyat 27 November 2008
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah JPA akan melaksanakan cadangan untuk menyiarkan dalam akhbar tempatan nama pegawai dan kakitangan Kerajaan yang dikenakan hukuman dan tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau kesalahan tatatertib. Nyatakan kaedah yang diguna pakai sekarang ini.
-Soalan Tambahan - BN Batu Pahat, BN Kinabatangan
2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha Kerajaan dalam mengawal kemasukan pekerja asing KLIA yang memungkinkan isu keselamatan negara terganggu. (tidak hadir)
3. Dato' Seri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) pelbagai program dikenal pasti untuk mempergiat dan membangunkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk nuklear berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), apakah usaha-usaha Kerajaan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi biomass, biogas, tenaga suria, angin, hidro dan gas hidrogen; dan
(b) status Dasar Baru Tenaga Negara yang diwar-warkan sebelum ini.
-Soalan Tambahan - BN Rompin, DAP Ipoh Timur
4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 untuk membayar kepada TNB ; dan
(b) berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TNB untuk membayar kepada pembekal-pembekal jana kuasa swasta terutama YTL dan Malakoff dalam tahun-tahun yang sama di atas.
-Soalan Tambahan - PKR Kuantan, BN Pontian
5. Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kedudukan dan perancangan Malaysia dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau memandangkan beberapa perkembangan di negara-negara jiran yang mungkin akan menjejaskan hasrat mencapai matlamat-matlamat Wawasan ASEAN 2020.
-Soalan Tambahan - PKR Muar, PAS Bachok (Teks sila klik) (10.46 pagi)
6. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan baru-baru ini terjadi kebakaran di Taman Medan dan didapati salah satu punca kebakaran itu merebak dengan cepat ialah akibat sistem pili bomba yang tidak berfungsi. Apakah rancangan Kementerian untuk memastikan pili-pili bomba yang sudah usang ini dapat diganti dan memastikan ianya diselenggarakan dengan baik agar masalah yang sama tidak berulang.
-Soalan Tambahan - DAP PJ Selatan, BN Kota Belud
7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah pelarian yang menerima suaka politik di Malaysia dan berapakah jumlah wang yang digunakan untuk membiayai perlindungan mereka di kem tahanan.
-Soalan Tambahan - BN Sibuti, Bebas Pasir Mas
8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) statistik perbandingan kes-kes bayi yang kekurangan gizi di bandar dan luar bandar; dan
(b) perancangan dan tindakan Kerajaan untuk menangani masalah ini.
-Soalan Tambahan - PKR Telok kemang, PAS Titiwangsa (Teks sila klik) (11.11 pagi)
9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan untuk menambah baik fasiliti rumah panjang di luar bandar negeri Sarawak yang hidup daif dan serba kekurangan. Jika ada, nyatakan jenis-jenis peruntukan yang diberikan.
-Soalan Tambahan -BN Sarikei, BN tuaran
10. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan sekolah, nisbah guru dan murid, nisbah bilik dan murid dan jumlah peruntukan pembangunan bagi setiap aliran sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2008 dan senaraikan sekolah rendah baru di setiap aliran yang telah dibina atau dirancang di bawah RMK-9 di Kuala Lumpur.
-Soalan Tambahan - DAP Cheras, BN Gelang Patah
11. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) mengikut kaedah serta sistem yang digunakan sekarang, apa kaedah diguna dan tempoh masa diperlukan bagi sesuatu masalah dapat diselesaikan, misalnya kes membantu mangsa rumah terbakar; dan
(b) apakah Kementerian bercadang menambahkan bilangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah.
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 18 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah 'Wacana Ilmu' seperti Debat Perdana atau Seminar Intelektual semakin kurang diadakan di universiti di negara ini.
Soalan No. 24 - Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menarik balik atau memansuhkan kitab terjemahan pimpinan Al Rahman yang diterbitkan oleh JAKIM dan digantikan dengan kitab terjemahan serta tafsiran Al-Quran Islam Hadhari.
Soalan No. 26 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan mengiktiraf Kerajaan dan negara Kosovo.
Soalan No. 32 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) bilangan tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan yang telah dipajak dan dirizabkan kepada badan-badan kebajikan dan NGO serta berapakah kadar pajakan yang dikenakan kepada badan-badan kebajikan dan NGO ; dan
(b) adakah kadar ini sama dengan kadar yang dikenakan kepada badan-badan komersial yang ingin memohon pajakan tanah milik Kerajaan Persekutuan.
Soalan No. 34 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengemukakan pelbagai tuduhan secara terbuka terhadapnya termasuk suka berbohong dengan menuduh Perdana Menteri "suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britian, Amerika Syarikat dan Australia.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Peraturan Mesyuarat - DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, PAS Titiwangsa (11.38), DAP Bandar Kuching, BN Tuaran, DAP Bandar Kuching, DAP Ipoh Barat, BN Kinabatangan
2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B41/P41 Kementerian Pelajaran.
- Pembahas - PAS Pokok Sena (Teks sila klik) (12.01 tengahari), BN Arau, Bebas Pasir Mas, PKR Bandar Tun Razak (Teks sila klik) (12.25 tengahari), PAS Kota Raja (12.25), PAS Shah Alam (12.26), Bebas Pasir Mas, BN Bintulu, PKR Gombak (Teks sila klik), BN Pontian, DAP Telok Intan
-(2.37 petang) DAP Telok Intan, BN Silam, PKR Kuantan, BN Parit, PAS Tumpat (Teks sila klik) (3.07 petang), BN Tenom, PKR Indera Mahkota, BN Batang Sadong, BN Putatan
- Pencelahan - PKR Gombak, DAP Batu Gajah
- Menteri Menggulung - BN Ayer Hitam - Timbalan Menteri Pelajaran
- Pencelahan - PKR Gombak (Teks sila klik), DAP Kepong, PAS Titiwangsa (4.03 petang), PAS Rantau Panjang (4.04 petang), PKR Balik Pulau, PKR Gombak, PKR PJ Selatan, DAP Bandar Kuching, DAP Ipoh Barat, BN Kuala Krau, PAS Pendang (Teks sila klik) (4.43 petang), DAP Bandar Kuching, PKR Lembah Pantai, BN Lenggong, (4.58, 5.02 petang), BN Kuala Krau, BN Lenggong, BN Kuala Krau, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena (5.35, 5.38 petang), DAP Kepong, DAP Bandar Kuching
3. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B42/P42 Kementerian Kesihatan.
- Pembahas - PKR Machang (Teks sila klik), Bebas Pasir Mas, BN Kuala Krau, DAP Bandar Kuching, BN Tenggara, PAS Pendang (Teks sila klik) (6.38 petang), BN Lenggong, PKR Wangsa Maju, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik) (7.06 malam)
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment