Perbahasan Dewan Rakyat 24 November 2008
Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang penguasaan Bahasa Inggeris yang kurang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar Melayu walaupun Institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya UiTM yang mengajar dalam Bahasa Inggeris.
- Soalan tambahan - BN Lipis (10.04), PAS Titiwangsa (Teks sila klik) (10.10),
2. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan syarat-syarat penting yang diperuntukkan dalam perjanjian di antara DBKL dalam penswastaan pengutipan caj-caj tempat letak kereta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Soalan tambahan - PKR Batu (10.11),
3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha Kementerian mempopularkan produk-produk pelancongan tempatan di seluruh negara terutamanya Lenggong yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kawasan perkelahan, gua-gua, kampung tradisional, Muzium Pra-Sejarah Kota Tampan dan sebagainya. Apakah pihak Kementerian mempunyai peruntukan khusus bagi membangun dan memajukan kawasan-kawasan seumpama ini.
- Soalan tambahan - BN Lenggong, DAP Kota Melaka,
4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah 'success stories' dari usaha Kerajaan mewujudkan 'ScienceFund' dan 'TechnoFund' yang masing-masing diperuntukkan RM1.2 bilion dan RM1.5 bilion di bawah RMK-9.
- Soalan tambahan - PKR Machang (10.30), BN Arau (10.39),
5. Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah pegawai Kerajaan yang telah memohon untuk mengambil kerja sambilan sejak ia diumumkan pada bulan Jun tahun ini; dan
(b) bagaimanakah Kerajaan memantau prestasi pgawai-pegawai ini supaya kerja sambilan ini tidak menjejaskan produktiviti mereka semasa melaksanakan tugas-tugas utama sebagai pegawai Kerajaan.
- Soalan tambahan - BN Muar, PKR Sungai Petani (10.47),
6. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah strategi dan program untuk mencapai matlamat supaya setiap rakyat menerima pendidikan yang berkualiti dan sama rata termasuk memenuhi hasrat setiap kaum untuk mendapatkan pendidikan bahasa ibunda masing-masing tanpa menghadapi
kekurangan tempat dan peluang bersekolah seperti di SRJK Cina dan Tamil.
- Soalan tambahan - DAP Cheras, BN Maran,
7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada keadaan 'glut' wujud di Malaysia. Jika wujud, apakah tindakan dan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memperbaiki keadaan.
- Soalan tambahan - BN Hulu Rajang, BN Batu Pahat,
8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha pihak Kerajaan untuk mengawal sikap monopoli oleh peniaga besar dalam menentukan harga ikan yang amat tinggi di pasaran.
- Soalan tambahan - PAS Baling (Teks sila klik) (11.10), BN Setiu,
9. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dan sektor swasta untuk menjadikan industri automotif Malaysia setanding kalau pun tidak mengatasi, industri automotif negara seperti Jepun, Korea, Amerika dan lain-lain dalam tempoh sepuluh (10) tahun akan datang. (TIDAK HADIR)
10. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang asing yang memiliki kad pengenalan yang diragui dan tindakan Kerajaan terhadap rakyat yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama.
- Soalan tambahan - Bebas Sepanggar, BN Silam,
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 20 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah harga jualan beras Super Tempatan 15 peratus pada hari ini.
Soalan No. 22 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah metode yang digunakan oleh Kerajaan bagi menentukan jumlah pampasan hasil setelah pengambilan aset dan liabiliti syarikat perawatan dan perbekalan air oleh Kerajaan Persekutuan.
Soalan No. 26 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan mengambil langkah-langkah dan tindakan untuk menjadikan Pantai Bachok atau Tumpat sebagai kawasan industri Petrokimia.
Soalan No. 27 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Koperasi Kredit yang ditubuhkan semata-mata untuk mendapatkan kemudahan potongan gaji melalui
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) dengan bergantung pembiayaan dari bank-bank tempatan. Apakah sumbangan Koperasi terhadap anggotanya dan bagaimanakah kawalan Kerajaan terhadap koperasi berkenaan.
Soalan No 30 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kronologi apa yang dilaporkan sebagai 'technical failure' dalam sistem dagangan yang menyebabkan penutupan pasaran saham Bursa Malaysia pada 3 Julai lepas dan berapakah kerugian yang ditanggung Bursa dan negara.
Soalan No. 31 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan tahap pencemaran sungai di negara ini serta nyatakan kaedah-kaedah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memulihara sungai-sungai yang dikategorikan sebagai tercemar.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Usul 18 oleh YB Ketua Pembangkang (PKR Permatang Pauh) (Teks sila klik) (11.31).
2. Menteri menyambung penggulungan perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan dan Pembangunan B26/P26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
-Pencelah -DAP Cheras, DAP Rasah, BN Lenggong, BN Batu Pahat, Bebas Pasir Mas, BN Jerlun, BN Silam, BN Lipis, PKR Balik Pulau, BN Jempol, PAS Baling (Teks sila klik) (12.15), BN Terengganu, PAS Parit Buntar (Teks sila klik) (12.25), PAS Titiwangsa (Teks sila klik) (12.32), BN Jasin, PAS Hulu Langat (Teks sila klik) (T(12.42), BN Tenggara,
- Pencelahan - DAP Batu Gajah, BN Jasin, PKR Bandar Tun Razak 2.51).
3. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B27/P27 Kementerian Kerja Raya.
- Pembahas - BN Serian, Bebas Pasir Mas (3.02), BN Kinabatangan (3.11), BN Padang Besar, PKR Padang Serai (3.18), DAP Batu Gajah, DAP Teluk Intan, DAP Petaling Jaya Utara, BN Jerlun, PAS Parit Buntar (Teks sila klik) (3.42), BN Kuala Krau, Bebas Sepanggar, BN Arau, PAS Pokok Sena (4.00), BN Ledang, PKR Machang (4.25), BN Putatan, DAP Puchong, BN Sibuti, Bebas Tawau, BN Tenom, PAS Jerai (5.13), BN Kanowit, PKR Teluk Kemang, BN Batu Pahat, DAP Serdang, BN Bintulu, PAS Kuala Krai (5.53), BN Pasir Salak, PAS Hulu Langat (6.17), BN Sekijang,
- Timbalan Menteri Menggulung (BN Stamping) -
- Pencelahan - BN Labuan (6.29), BN Jasin, DAP Batu Gajah, PKR Batu (6.50), BN Putatan (6.55), PAS Shah Alam (6.57), PAS Pokok Sena (6.59), BN Kuala Krau, Batu Gajah, BN Bintulu (7.04), PAS Pokok Sena (7.20), PKR Machang, BN Putatan, DAP Puchong, BN Pasir Salak, BN Jasin, DAP Serdang, PAS Pokok Sena.
4. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B28/P28 Kementerian Pengangkutan.
- Pembahas - BN Arau, DAP Cheras (7.56), DAP Klang (8.04), BN Hulu Terengganu (8.06), PAS Hulu Langat (8.10), BN Jerlun, DAP Kota Melaka (8.21), BN Silam (.8.24), PAS Kuala Krai (8.32), BN Ledang (8.41), PAS Padang Terap (8.44), BN Pontian (8.56), DAP Kepong (8.57), BN Sibuti (9.09), PAS Pokok Sena (9.16), BN Jasin (9.23),
- Menteri Menggulung -
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam dan disambung pada 10.00 pagi 25 November 2008.
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment