Perbahasan Dewan Rakyat 19 November 2008
Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah kemajuan operasi Majlis Harga Barang Negara termasuk pelantikan 2000 graduan sebagai pemantau dan berapa banyak kes penangkapan yang telah dibuat pada tahun ini.
- Soalan tambahan - BN Ledang, PAS Bachok (Teks sila klik), BN Kinabatangan,
2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) kajian-kajian yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan di beberapa kawasan kesan gempa bumi seperti yang berlaku di Bukit Tinggi, Pahang dan Lahad Datu, Sabah baru-baru ini; dan
(b) langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan kesan gempa bumi tidak memberi impak negatif secara fizikal dan psikologi kepada rakyat.
- Soalan tambahan - PKR Telok Kemang, BN Silam,
3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan bantuan yang boleh diberikan kepada persatuan untuk mendorong aktiviti kraf tangan yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah seperti Persatuan Pekebun Kecil Wanita Gadong di Rembau yang berkecimpung di dalam industri kraf tangan berasaskan rotan.
- Soalan tambahan - BN Rembau, PAS Titiwangsa (Teks sila klik),
4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di plaza-plaza tol di kawasan Puchong.
- Soalan tambahan - DAP Puchong, Bebas Pasir Mas,
5. Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah status terkini mengenai isu penjualan air negeri Pahang kepada Selangor dan apakah status pembinaan Empangan Kelau bagi tujuan tersebut.
- Soalan tambahan - BN Kuala Krau, PKR Gombak,
6. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang dijanjikan dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9 akan ditubuhkan bersama komposisi ahli serta terma rujukannya.
- Soalan tambahan - DAP Bukit Bendera,
7. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan projek-projek infrastruktur asas seperti jalan luar bandar, bekalan elektrik dan bekalan air bersih yang sekarang sudah dimasukkan ke dalam senarai projek yang telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-9 dan akan dilaksanakan secepat mungkin di kawasan Kapit.
- Soalan tambahan - BN Kapit,
8. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah warganegara Malaysia yang tidak mempunyai surat beranak; dan
(b) apakah tindakan yang diambil untuk memastikan semua warganegara mempunyai surat beranak dan semua kelahiran baru didaftarkan.
- Soalan tambahan - DAP Telok Intan, Bebas Sepanggar,
9. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kandungan yang paling penting Deklarasi "High-Level Conference on World Food Security" yang telah diterima pakai (adopted) pada 5 Jun 2008 di Rome, Italy.
- Soalan tambahan - BN Mambong, DAP Kepong,
10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa memandangkan terdapat telahan penganalisis ekonomi serta terdapat indikator harga minyak mentah akan turun sebanyak 16% atau USD124 setong yang berakhir pada 25hb Julai lalu, pada harga berapakah Kerajaan bersedia untuk menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel di negara kita.
- Soalan tambahan - PAS Kuala Selangor (Teks sila klik),
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 14 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek menaik taraf Jalan Bukit Kemuning dan Bulatan Jalan Kebun akan dimulakan dan dijangka selesai dan apakah masalah yang dihadapi Kerajaan yang menyebabkan kelewatan projek ini.
Soalan No. 18 - Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis berbanding dengan nisbah kepadatan penduduk di negara ini. Sejauh manakah jumlah ini relevan berbanding dengan kadar peningkatan jenayah yang mendadak naik.
Soalan No. 24 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan mengenakan faedah ke atas pinjaman PTPTN yang tidak dibayar dalam tempoh pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1500; dan
(b) adakah Kerajaan menerima paras pendapatan RM1500 sebagai paras kemiskinan yang baru.
Soalan No. 27 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah syarat yang dikenakan bagi kemasukan pelajar yang mengikuti bidang perubatan di negara Mesir dan apakah Kerajaan memantau agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pelajar di luar negara benar-benar menepati dasar kemasukan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Soalan 32 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara purata peratus Pensyarah lulusan PhD di IPTA mengikut fakulti-fakulti yang ada.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Timbalan Menteri Menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan dan Pembangunan B24/P24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
- Pencelahan - DAP Ipoh Timur, BN Kinabatangan, DAP Klang, BN Rembau, BN Batu Pahat, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik) (11.52), DAP Klang, DAP Kepong, BN Jempol, BN Jasin, BN Batu Pahat, DAP Petaling Jaya Utara, BN Batu Pahat, BN Silam, PAS Pendang (Teks sila klik) (12.31), PKR Permatang Pauh (Teks sila klik) (12.34), DAP Kota Melaka (12.40), PKR Lembah Pantai (Teks sila klik) (12.50), PKR Balik Pulau (12.51), PKR Machang (12.52), PAS Kuala Selangor (12.58),
-Pencelahan - BN Jempol, DAP Kota Melaka, BN Jasin, PAS Kuala Krai (Teks sila klik)(2.54), Bebas Pasir Mas, PKR Gombak (3.02)
2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B25/P25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Pembahas - PAS Kota Raja (Teks sila klik) (3.21), BN Pontian (3.31), DAP Rasah (3.33), Bebas Tawau (3.40), PKR Machang (Teks sila klik) (3.47), BN Silam (3.54), PAS Pendang (Teks sila klik) (4.00), BN Tuaran (4.05), DAP Bandar Kuching (4.15), BN Tenggara (4.27),
PAS Pokok Sena (Teks sila klik) (4.33), BN Lenggong (4.47), PKR Gopeng (4.52), BN Jasin (4.57), PAS Sik (Teks sila klik) (4.08), BN Sekijang, PAS Shah Alam (Teks sila klik) (5.18), BN Parit (5.27), DAP Kepong (5.35), BN Pasir Salak (5.40), BN Kota Belud (5.45), DAP Petaling Jaya utara (5.47).
-Menteri menggulung (5.53) -
-Pencelahan - DAP Petaling Jaya Utara (5.57), PAS Pendang (Teks sila klik) (6.00), BN Batu pahat (6.01), PKR Batu (6.05), PAS Pokok Sena (6.06), BN Pasir Salak (6.08), DAP Teluk Intan (6.11), PKR Gopeng (6.12), BN Tenggara (Teks sila klik) (6.14), PKR Indera Mahkota (6.17),
PKR Indera Mahkota (6.45), Bebas Pasir Mas (6.45), DAP PJ Utara (6.46), BN Batu Pahat (6.51), DAP PJ Utara, PKR Padang Serai (6.54), BN Arau (6.56), DAP Batu Gajah (6.58), PKR Padang Serai (7.06), PAS Pokok Sena (7.17), DAP PJ Utara (7.24),
Mesyuarat ditamatkan pada jam 7.30 malam dan ditangguhkan sehingga 10.00 pagi 20 November 2008.
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment