Perbahasan Dewan Rakyat 25 November 2008
Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah untuk memudahkan lagi golongan warga emas dan OKU untuk mendapatkan lesen memandu.
- Soalan tambahan - BN Sabak Bernam, PKR Padang Serai,
2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah kadar pinjaman PTPTN yang diterima oleh mahasiswa IPTA dan IPTS mengikut jurusan.
- Soalan tambahan - PAS Padang Terap (Teks sila klik) (10.14), BN Serian,
3. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi dakwaan yang sering dilaungkan oleh persatuan sekerja dan badan-badan NGOs bahawa Kerajaan tidak mengambil berat ke atas isu gaji minima. Berapakah gaji purata bulanan buruh di sektor pembinaan, pertanian, penginapan (hotel), pasar raya dan kedai-kedai kopi di bandar-bandar utama di Malaysia.
- Soalan tambahan - BN Kanowit, BN Sri Gading, PAS Bachok (Teks sila klik) (10.33),
4. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan mak nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.
- Soalan tambahan - PAS Titiwangsa (Teks sila klik) (10.35), BN Tenggara,
5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk menghapuskan kegiatan-kegiatan pelacuran yang berleluasa sehingga memberi kesan kepada imej negara.
- Soalan tambahan - BN Parit, DAP Bukit Gelugur,
6. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah peruntukan undang-undang yang boleh mengawal bayaran pengurusan untuk penghuni rumah-rumah pangsa dan kondominium.
- Soalan tambahan - PKR Bayan Baru, BN Bintulu,
7. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bolehkah pinjaman musim Agrobank kepada warga tani dinaikkan kepada RM2,000.00/hektar atau RM400.00/relong supaya mereka tidak perlu berhutang dengan orang tengah untuk pendahuluan membajak, membeli benih padi, racun rumput, racun makhluk perosak, baja tambahan dan sebagainya.
- Soalan tambahan - BN Jerlun, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik),
8. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah kakitangan Kerajaan yang bertugas di luar Negara mengikut bidang tugas serta berapakah kos atau perbelanjaan yang digunakan semenjak tahun 2004 sehingga kini.
- Soalan tambahan - PKR Indera Mahkota, BN Maran,
9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa kes-kes penculikan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan dan belum ada penyelesaian sehingga kini.
- Soalan tambahan - BN Lipis,
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 16 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan tarikh akhir yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan pengambilalihan aktiviti pembetungan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Soalan No. 21 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah matlamat dan sebab KDN melanjutkan lagi tempoh penahanan ramai tahanan ISA di Kem Kemunting.
Soalan No. 29 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan langkah-langkah konkrit bagi meningkatkan pemuliharaan dan daya tarikan Kg. Kuantan Kuala Selangor khususnya populasi kelip-kelip.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Peraturan Mesyuarat - Oleh DAP Bukit Gelugor dan Speaker terhadap kenyataan 'bohong' Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz (BN Padang Rengas). (Teks sila klik)
2. Menteri Menggulung Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B28/P28 Kementerian Pengangkutan.
- Pencelahan - PAS Titiwangsa (Teks sila klik) (12.10), BN Batu Pahat (12.16), PKR Padang Serai (12.22), BN Jempol (12.32), PKR Gombak (Teks sila klik) (12.38), DAP Kota Melaka (12.43), PKR Gombak (12.48), DAP Cheras (12.50),
- Pencelahan - DAP Cheras (2.35), DAP Rasah (2.43), DAP PJ Utara (2.47), BN Putatan (2.54), PAS Rantau Panjang (Teks sila klik) (3.09), PAS Marang (Teks sila klik) (3.11), DAP Taiping (3.36), DAP Kota Melaka (3.43), PAS Jerai (Teks sila klik),
2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B29/P29 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
- Pembahas - BN Kinabatangan (4.00), DAP Klang (4.13), BN Pontian (4.18), PAS Padang Terap (Teks sila klik) (4.20), BN Bintulu (4.32), PKR Machang (4.34), BN Mambong (4.45), Bebas Pasir Mas (4.52), BN Jempol (5.02), DAP bandar Kuching (5.10), BN Tenom (5.16), PAS Kuala Selangor (Teks sila klik) (5.21), BN Tuaran (5.27), PKR Indera Mahkota (5.37),
- Timbalan Menteri (BN Julau) menggulung (5.49) - PAS Kuala Selangor (Teks sila klik) (5.53), DAP Bandar Kuching (6.10), PAS Kuala Selangor (6.11), PKR Batu (6.13), BN Mambong (6.48), DAP Klang (6.51), PKR Machang (Teks sila klik), DAP Jelutong (6.57), PAS Sik (7.01),
3. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B30/P30 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
- Pembahas - BN Mambong (7.39), PKR Batu (7.55), BN Kuala Krau (8.02), DAP Batu Gajah (8.13), BN Ledang (8.19), PKR Machang (8.26), PSM Sungai Siput (8.42), DAP Jelutong (8.47), PAS Hulu Langat (8.52),
- Menteri (BN Kota Marudu) menggulung (9.04) - PKR Machang (9.09), BN Mambong (9.12), DAP Batu Gajah (9.22),
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam dan disambung pada jam 10.00 pagi 26 November 2008
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment