MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Tuesday, November 4, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 4 November 2008

Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Dipertua
Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah agresifnya petani-petani menukar kegiatan pertanian makanan kepada pertanian untuk biofuel di negara ini berbanding negara-negara lain.
- Soalan tambahan - PAS Bachok (Teks sila klik),

2. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapa banyak peruntukan Kerajaan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 memandangkan hanya 21 juta pelancong asing melawat Malaysia dalam tahun berkenaan berbanding 92 juta yang melawat Thailand serta sejauh manakah usaha Kementerian untuk menyelamatkan industri pelancongan dari dimangsakan oleh sentimen politik kepartian.
- Soalan tambahan - PAS Shah Alam (Teks sila klik), BN Rembau

3. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan strategi yang terbaru dan yang perlu digunakan bagi membendung gejala penyebaran berita yang tidak berasas melalui media cetak mahupun media elektronik.

4. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pihak-pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab menjalankan penyiasatan terhadap pegawai-pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan; dan
(b) langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan orang awam memberi maklumat mengenai aktiviti rasuah dan penyelewengan.
- Soalan tambahan - Bebas Tawau, BN Arau

5. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah institusi dan alat perundingan yang boleh diguna untuk membantu para peniaga menghadapi kemerosotan/kemelesetan ekonomi sekarang ini dan bagaimanakah proses ini dikendalikan dan bagaimana maklum balas daripada ini diambil kira untuk tindakan seterusnya.
- Soalan tambahan - PAS Tumpat (Teks sila klik), BN Ledang

6. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan masalah pencemaran air di Pulau Burung semakin membimbangkan. Apakah langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah pencemaran. Adakah pihak nelayan sanggup memberi pampasan yang ditentukan oleh pihak Kerajaan kepada mangsa-mangsa pencemaran air.
-Soalan tambahan - PKR Nibong Tebal, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik),

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha yang dilakukan bagi menggalakkan sektor swasta menaja pelbagai program belia sebagaimana program-program sukan. Apakah pihak Kementerian bersedia mengemukakan cadangan untuk pelepasan cukai atau pemberian pelbagai insentif lain kepada pihak swasta yang menaja aktiviti, program atau kegiatan belia dan pertubuhan belia.
- Soalan tambahan - BN Lenggong, PAS Jerai (Teks sila klik).

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah persediaan sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan sistem LRT, KTM Komuter dan Monorel. (Tidak Hadir)

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah langkah dan usaha Kementerian untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran padi di negara ini; dan
(b) berapakah anggaran keluaran padi negara yang dijangka bagi 5 tahun akan datang dan di manakah letaknya jelapang padi yang akan diusahakan khususnya di negeri Sabah.
- Soalan tambahan - BN Putatan, PKR Machang

10. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada dalam negeri Johor sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelaburpelabur di Johor. Senaraikan negara-negara yang telah melabur di Johor.
- Soalan tambahan - DAP Bakri, BN Tenggara

11. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) jumlah graduan sarjana muda, sarjana dan PhD yang telah dilahirkan oleh Universiti Malaysia Sabah sejak ia mula beroperasi pada tahun 1994; dan
(b) berapakah pula daripada jumlah tersebut pelajar dari negeri Sabah.
- Soalan tambahan - BN Kota Belud,

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 15. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah mahkamah syariah mempunyai kuasa dalam kes liwat dan qazaf.

Soalan No. 23 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perbelanjaan lawatan ke luar negeri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk tempoh tahun ini.

Sesi Perbahasan Usul/ Penggulungan Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 (1) oleh YB Dato' Ibrahim Ali (Bebas Pasir Mas) (11.31 pagi)
2. Menyambung Penggulungan Perbahasan Bajet 2009
1. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam (BN/ MIC Segamat) (11.35 pagi)
- Pencelahan - DAP Serdang, DAP Bukit Bintang, DAP Ipoh Barat, PAS Pendang (Teks sila klik), PKR Kuala Langat, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, DAP Teluk Intan, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik).

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir bin Abdul Samad (BN/ Umno Johor Bahru) (12.41 tengahari)

3. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (12.49 tengahari)
- Pecelahan - DAP Kepong, DAP Batu Gajah, DAP Beruas, DAP Ipoh Barat,

4. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui (BN/ SUPP Miri) (3.05 petang)
- Pencelahan- DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Krai (Teks sila klik), PAS Rantau Panjang (Teks sila klik), BN Kapit, DAP Bukit Mertajam, PAS Padang Terap (Teks sila klik), BN Tuaran, PAS Kubang Kerian (Teks sila klik), DAP Beruas, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik),

5. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Ismail Sabri bin Ab Yaakob (BN/ Umno Bera) (4.00 petang)
- Pencelahan - PAS Pokok Sena, PAS Jerai (Teks sila klik), BN Batu Pahat, PKR Machang

6. Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (BN/ Umno Pekan) (4.30 petang) (sebagai Kementerian yang menggulung perbahasan)
- Pencelahan - PAS Tumpat (Teks sila klik), PKR Permatang Pauh (Teks sila klik), PAS Pokok Sena, PKR Gombak, DAP Ipoh Timur, DAP Bukit Gelugur, DAP Puchong, PKR Batu,


..... LAGI akan menyusul

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008