Dewan Rakyat 19 April 2010 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pengangkutan * Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (D.R. 3/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 seperti berikut:-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion lapan ratus sebelas juta tujuh ratus sembilan puluh sembilan ribu enam ratus ringgit (RM2,811,799,600) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2010, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (15 April, 2010)
[ Perbahasan Kepala B22 (RM784,200,00), P22 (RM982,000,00) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (BN Selangau) Menggulung - Celahan - BN Kinabatangan, BN Jempol, BN Tebrau, BN Putatan, BN Lenggong, PAS Pengkalan Chepa, BN Tenom, PKR Padang Serai, ]
[ Perbahasan Kepala B23 (RM454,550,00) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar:
[Soalan :PAS Hulu Langat]
[Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar]
[ Perbahasan Kepala B24 (RM 42,000,000) P24 (RM 350,000,000) Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri : DAP Kepong, DAP Kota Melaka]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (BN Jerlun)]
[ Perbahasan Kepala B25 (RM 755,388,000) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan : BN Jasin, PAS Tumpat, PKR Batu, BN Putatan, PKR Indera Mahkota, BN Labuan, DAP Bakri, BN Arau]
Menggulung : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (BN Bera) - Celahan - DAP kepong, BN Arau, PKR Kuala Kedah, BN Kota Belud, PAS Titiwangsa, PKR Machang, BN Jasin, BN Labuan]
REHAT
[ Perbahasan Kepala B27 (RM 251,000,000) Kementerian Kerja Raya : BN Ledang, BN Tenggara, BN Putatan, BN Lenggong, BEBAS Sepanggar, BN Kinabatangan, BN Hulu Selangor]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Kerja Raya ( BN Stampin) - Celahan - BN Silam, BN Ledang, PKR Gombak, PAS Jerai]
[ Perbahasan Kepala B28 (RM 193,759,900), P28 (RM711,761,000) Kementerian Pengangkutan : DAP Batu Gajah, PAS Shah Alam, BN Sekijang]
[ Perbahasan Kepala B29 (RM 15,000,000) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : BN Silam]
[ Perbahasan Kepala B31 (RM 64,000,000), P31 (RM113,000,00) Kementerian Pelancongan : PAS Kota Bharu, ] [ Timbalan Menteri Pelancongan (BN Mambong) Menggulung - Celahan - BN Kapit, BN Kota Belud, BN Kanawit, DAP Batu Gajah,]
[ Usul DAP Ipoh Barat]
[ Perbahasan : DAP Kepong -Celahan- BN Kapit][BN Kinabatangan][BN Hulu Terengganu]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Pelajaran (BN Ayer Hitam) - Celahan - DAP Ipoh Barat]
[ Perbahasan Kepala B41 (RM 972,575,300) Kementerian Pelajaran : BN Hulu Terengganu, PAS Sik, PAS Pendang, BN Labuan, BN Silam]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Pelajaran (BN Batu Pahat) -Celahan- BN Hulu Terengganu, PAS Sik]
[ Perbahasan Kepala B42 (RM 510,000,000) Kementerian Kesihatan : PKR Gombak, PAS Pendang]
[ Menggulung : Menteri Kesihatan - Celahan- PAS Pendang]
[ Perbahasan Kepala B49 (RM 400,000,000) Kementerian pengajian Tinggi : DAP Rasah, PAS Kubang Kerian]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (BN Temerloh) ]
[ Perbahasan Kepala B60 (RM 600,000,000) Kementerian Pertahanan : BN Jasin, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Pertahanan (BN Mersing) - Celahan - PAS Pokok Sena]
[ Perbahasan kepala B62 (RM 1,251,937,600) Kementerian Dalam Negeri : DAP Kepong] [BN Kinabatangan - BN Putatan, BN Arau] [PKR Indera Mahkota, BN Tenom, DAP Telok Intan ]
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)
3. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)
5. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
6. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
7. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
8. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
10. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010
(Menteri Pelancongan)
11. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
12. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
13. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)
14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)
15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.
16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”
17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”
18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”
19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera’ .”
20. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“BAHAWA pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”.
BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.”
0 comments:
Post a Comment