Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bai
jawab lisan
1. Tuan
Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI
PELANCONGAN menyatakan menyatakan adakah penubuhan Pusat
Pelancongan Islam (ITC) benar-benar memenuhi matlamat Kerajaan
untuk menjadikan negara ini sebagai pelopor hab pelancongan Islam. [ Soalan Tambahan : BN Silam, PKR Gombak ]
2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan kejadian rompakan wang dari
mesin ATM yang kerap berlaku, apakah langkah dan ciri keselamatan baru
yang
diperkenalkan bagi
membanteras rompakan. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, Bebas Padang Serai ]
3. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah
[ Igan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah
tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam melahirkan lebih ramai ahli
sukan negara dan apakah Kementerian bercadang untuk menambah lebih
banyak infrastruktur dan prasarana sukan di kawasan luar bandar dan
pinggir bandar untuk tujuan tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Sibuti, PAS Sik ]
4. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak banduan
bilik akhir dalam negara ini setakat 31 Ogos 2012. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Gelugor, BN Hulu Terengganu ]
5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah
kejayaan program FELDA sebagai gedung makanan negara; dan
(b) berapakah
peruntukan yang telah disalurkan bagi tujuan tersebut di gugusan FELDA di
Parlimen Jempol. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PKR Indera Mahkota ]
6. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang
Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kemungkinan
langkahlangkah pro aktif untuk memberi lebih nilai kebajikan
kepada pencarum-pencarum Tabung Haji seperti pengurangan kos
tambang dan sebagainya. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Lipis ]
7. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan :-
(a)
langkah-langkah untuk mencegah penjualan bayi; dan
(b) tindakan yang
lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah pengemis warga asing yang semakin berleluasa. [ Soalan Tambahan : BN Gelang Patah, DAP Batu Gajah ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala
Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan tentang aliran keluar pelaburan Malaysia (Malaysia
investment outflow) dalam suku pertama 2012 yang berjumlah RM16.91 bilion
berbanding kemasukan pelaburan asing (FDI) yang berjumlah RM9.43
bilion. Apakah langkah-langkah konkrit yang perlu disusun
untuk mengelakkan situasi ini (negative inflow) berterusan khususnya
kerana ia membabitkan 7.3% dari 3 bidang NKEA termasuk sektor
minyak, gas, kewangan, dan 'wholesale and retail' dalam kes suku
pertama tahun ini.
16. Dr. Mohd
Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula cukai
eksais bagi kereta-kereta import dan jika ya bila akan bermula dan berapa
peratusan penurunannya.
32. Tuan Haji
Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan setakat manakah gejala pecah rumah dan kecurian yang
berleluasa di beberapa kawasan seperti Presint 9,
11 dan 14 di
Putrajaya dapat dibendung dan berapakah kes-kes yang sudah dilaporkan
sejak 2010 hingga kini.
Usul 12(1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang
Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula
Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2012) DAN
Usul
dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu
di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula
Perbahasan atas masalah (9 Oktober, 2012)
[ Perbahasan - DAP Kota Melaka, BN Kalabakan, DAP Bukit Gelugor ] [ Rehat ] [ Perbahasan - BN Parit Sulong, PAS Bukit Gantang, BN Sri Aman, PKR Kuantan, BN Gelang Patah, Bebas Bayan Baru, BN Bukit Katil, PKR Kapar, BN Sabak Bernam, DAP Taiping, BN Tenom, PAS Tumpat, BN Kanowit, DAP Seremban, BN Langkawi, Bebas Tuaran, BN Hulu Terengganu, DAP Segambut, BN MAS Gading ]
0 comments:
Post a Comment