Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Tan Sri
Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah keperluan-keperluan yang
ditetapkan oleh Kerajaan China
dalam
pengeksportan sarang burung ke negara mereka serta apa tindakan yang
diambil oleh Kementerian untuk membantu peladangpeladang kita dalam memenuhi
permintaan tersebut.
2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [
Telok Kemang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan untuk menangani kemiskinan yang
dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan RM 1500 ke bawah yang mana 75%
adalah terdiri daripada keluarga Melayu dan Bumiputera.
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]
minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan nasib
dan hala tuju bidang bioteknologi, kemajuan dan hasil yang tercapai di
bidang bioteknologi dalam negara Malaysia serta kejayaan terbesar telah
dicapai oleh Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan
apakah pendekatan diambil oleh Technology Park Malaysia bagi
membantu penyelidikan terutama di peringkat akar umbi untuk membangun
dan memasarkan produk-produk mereka khususnya dalam bidang Biotech.
4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah
] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tempoh menunggu terlalu
lama bagi pesakit menerima layanan serta rawatan di Jabatan Kecemasan
hospitalhospital yang boleh menimbulkan kesulitan dan apakah langkah
serta cara yang diambil bagi mengatasi kelewatan tersebut.
5. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil
] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramaikah individu berjaya
diselamatkan daripada status muflis hasil daripada bimbingan yang telah
diberikan oleh
Agensi Kaunseling
dan Perkhidmatan Kewangan (AKPK) Bank Negara.
6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [
Kuala Langat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan bilakah penaiktarafan perkhidmatan bomba yang terhad di
kawasan daerah Kuala Langat.
7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit
Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
menyatakan status pengeluaran-pengeluaran CFC Negara semasa dan
nyatakan jumlah syarikat yang telah diiktiraf oleh Kementerian yang
menggunakan teknologi rendah karbon (low carbon) sehingga 2012.
8. Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [
Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan
pekerja di Malaysia pada hari ini. Apakah bilangan/peratusan pekerja yang
menjadi ahli kesatuan pekerja dalam sektor swasta dan sektor awam.
Apakah bilangan kesatuan pekerja baru yang ditubuhkan pada tahun
2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
9. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kementerian boleh mengambil
tindakan untuk menghadkan perlantikan sub-sub kontraktor secara
sewenangwenangnya oleh pihak 'main contractor' sesebuah projek Kerajaan.
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
10. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [
Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian
berpuas hati dengan silibus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang
dilaksanakan serta
pencapaian oleh
para calon dan apakah rasional bagi calon yang gagal satu daripada 10
subjek keseluruhan dikira gagal dan tidak layak mendapat Sijil STAM.
12. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala
Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pembinaan
hospital baru Kuala Krai.
20. Dr. Siti
Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
jumlah pendakwaan yang telah dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan
Orang/Akta 670 semenjak Akta ini
diluluskan dan
sejauh mana (secara empirikal) Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan
Manusia (NAP) telah di laksanakan oleh pihak Kerajaan.
26. Tuan Mohd
Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah
Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan Seksyen 24B Akta
Kesalahan Pilihanraya 1954 khususnya
Seksyen 24B (3)
Akta yang sama sedangkan Seksyen 27 Akta Polis 1960 telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak terpakai semasa
kempen pilihanraya.
28. Puan Siti
Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Blok PM 302, Blok PM 325
dan Blok PM 326B. Kenapa gas yang
dikeluarkan
berhampiran dengan perairan Kelantan didaratkan di Kerteh dan Kemaman yang
melibatkan jarak yang lebih jauh.
30. Tuan
Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun
2009,2010 dan 2011 serta pecahan (mengikut Production Sharing Contract)
perolehan bersih kepada Petronas dan juga perolehan bersih rakan niaga
Petronas dalam Production Sharing Contract tersebut seperti
Exxon, Shell dan lain-lain serta berapakah jumlah pendapatan kasar dan
bersih Petronas pada tahun 2009, 2010 dan 2011.
c. Perbahasan Usul dan
Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang
Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula
Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2012) DAN
Usul
dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Oktober, 2012)
[ Perbahasan - PKR Ketereh, BN Lawas, DAP Seputeh, BN Bintulu, PAS Kuala Krai, BN ..., PKR Kuala Kedah ] [ Rehat ] [ Perbahasan - BN Kapit, DAP Kepong, BN ... ,PAS Pendang, BN Setiu, DAP Sibu, Bebas Kulim Bandar Baru, DAP Beruas, PKR Tanah Merah, BN Libaran, PAS Kota Raja, DAP Bakri, PKR Kelana Jaya, PAS Kuala Selangor, DAP Teluk Intan, Petaling Jaya Selatan, PKR Batu ]
0 comments:
Post a Comment