Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk
Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejauh manakah
transformasi tercapai di bawah Dasar Agro Makanan Negara terutama di
Sabah; dan
(b) setakat mana
industri agro makanan telah mencapai kepada industri yang lebih moden dan
dinamik serta meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani. [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PKR Machang ]
2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman
[ Pendang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan berapakah jumlah Bomba Sukarela yang beroperasi aktif di
seluruh Negeri Kedah dan apakah kemudahan yang diberikan oleh
pihak Kementerian kepada mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, BN Tebrau ]
3. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ]
minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan berapa kes yang telah diambil oleh SKMM terhadap blog
yang terang-terang terlibat dalam menabur fitnah terhadap pemimpin Negara
dan sejauh mana pemantauan berterusan yang dibuat setakat ini dalam
memastikan penulis blog dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan
oleh SKMM.[ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Kepong ]
4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [
Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini
pekerja asing yang berada di negara ini sehingga 1hb September,
2012. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, BN Sri Gading ]
5. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil
] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Standard Operating Procedure
(SOP) bagi semua Hospital Kerajaan dalam melayani pesakit yang baru
dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Lembah Pantai ]
6. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan selaras dengan konsep 1Malaysia
(a) berapa
ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim wanita yang ditempatkan di Mahkamah
Persekutuan; dan
(b) berapa
ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang berasal
dari Negeri Sabah dan Sarawak dan berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif
Hakim Mahkamah Persekutuan yang bukan berbangsa Melayu. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, BN Ledang ]
7. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [
Jasin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan purata pendapatan isi rumah bulanan petani, penternak dan
nelayan pada tahun 1999, 2009 dan terkini serta apakah usaha konkrit
yang diambil untuk melonjakkan pendapatan mereka agar mencapai sekurangkurangnya
RM2,400 sebulan menjelang 2020. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]
8. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ]
minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan berapakah jumlah pelajar yang MARA beri pinjaman dalam
bidang perubatan yang belajar di Universiti Timur Tengah (nama-nama
Universiti) bagi tahun 2011 hingga 2012. [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
12. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]
minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan apakah tindakan awal yang diambil terhadap setiap skim
jualan langsung atau MLM (Multi Level Marketing) yang baru diperkenalkan
bagi memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsur-unsur penipuan.
14. Dr.
Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan cadangan untuk mengurangkan duti eksais kereta bagi meringankan
beban pengguna.
16. Dato'
Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah bilangan dan nilai projek-projek yang telah
diagihkan kepada kontraktor-kontraktor dan firma Bumiputera melalui usaha
yang dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penubuhan
TERAJU pada 2011. Namakan projek serta kontraktor dan firma Bumiputera
yang diberikan projek berkenaan.
24. Tuan
Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah keperluan untuk mengadakan satu undang-undang
untuk mengawal pengamalan ilmu hitam yang boleh memesongkan akidah
dan menyusahkan orang ramai.
26. Dr. Siti
Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan status permohonan pembinaan Sekolah Menengah Kota
Kemuning.
28. Dr. Haji
Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI TENAGA,
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan komitmen beliau, setelah menerima
sistem tender terbuka sebagai kaedah terbaik untuk mendapatkan 'value-for-
money' berbanding 'direct-nego', untuk menjamin 'ketelusan' atau
'transparency' dalam sistem 'open tender' khasnya dalam
pemberian kontrak oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) terdekat ini, serta
kesediaan membuat penjelasan dan sebabsebab dalam pemberian kontrak di Prai dan
lanjutan kontrak pembelian tenaga PPA dari IPP dengan Tenaga Nasional
Berhad.
33. Dato' Kamarudin
Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan
Petronas untuk membangunkan Tok Bali sebagai sebuah 'supply base'
yang lengkap memberi khidmat kepada telaga minyak dan gas di perairan
Kelantan dan Thailand.
39. Dato'
Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan apakah rasionalnya PDRM menubuhkan skuad
khas bagi menyiasat kenyataan tweet saya
bertarikh 28 Mei
2012 mengenai pembidaan plat kereta WWW1 oleh Sultan Johor sehingga
pejabat-pejabat saya digeledah, 2 buah laptop saya diambil dan telefon
bimbit dirampas. Berapa ramai anggota yang terlibat dalam siasatan kes ini
serta kos yang ditanggung menghantar anggota dari Skudai Johor ke Ipoh
serta Kuala Lumpur.
Usul 12(1) bahawa Dewan ini Tidak akan Di Tangguhkan sehingga jam 7.00 petang.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (24 Oktober, 2012)
Sambungan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani
[ BN Tenom, PKR Ampang, BN Arau, PAS Marang, BN Limbang, PAS Hulu Langat, BN Ledang, PKR Machang, BN Libaran, PAS Pokok Sena, BN Jempol ] [ Rehat ] [ BN Jempol, PAS Pendang, BN Kanowit, DAP Petaling Jaya, BN Sri Gading, PKR Balik Pulau, BN Batang Sadong, PSM Sungai Siput, BN Simpang Renggam, PAS Kuala Krai, BN Silam, DAP Bandar Kuching, BN Pasir Salak, PKR Kuala Kedah, N Kota Belud, Bebas Bagan Serai, BN Ranau ]
[ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, BN Pasir Salak, DAP Batu Gajah, PAS Baling, PKR Balik Pulau, Bebas Padang Serai, PKR Balik Pulau, PAS Pokok Sena, DAP Beruas, PAS Pokok Sena, DAP Bandar Kuching, BN Pasir Salak, PKR Machang, PAS Kuala Selangor, PKR Machang, PKR Kuala Kedah, PAS Pokok Sena, PKR Kuala Kedah, BN Ranau, DAP Bakri, PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, PKR Ampang ]
Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 malam.
0 comments:
Post a Comment