Dewan Rakyat 2 Okt 2012 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan kadar pendapatan isi rumah dan KDNK negara sejak awal kemerdekaan hingga tahun 2012 ini dan sejauh mana perkembangan ekonomi domestik berjaya menjadi pemangkin kepada kekuatan ekonomi negara sejak merdeka hingga kini.
2. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah usahawan luar bandar terutama daerah Baling, Sik dan Ulu Perak yang
telah mendapat faedah daripada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan nyatakan jenis-jenis perusahaan yang dilakukan oleh usahawan tersebut.
3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah perlaksanaan royalti
kepada artis dan penghibur negara berjaya dilaksanakan.
4. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan masa depan sistem pelupusan sampah memandangkan banyak kawasan pelupusan sisa pepejal sudah penuh atau hampir penuh.
5. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menangani akaun Facebook
palsu yang semakin berleluasa sehingga boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram kepada keharmonian masyarakat, keselamatan masyarakat dan perpaduan masyarakat.
6. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jika dibandingkan dengan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 1970 hingga 2010, apakah faktor yang menyebabkan lonjakan pertambahan penduduk di Sabah sebanyak 390% berbanding dengan Sarawak 148% dan Malaysia 164%; dan
(b) apakah kehadiran (28%) 889,779 orang warga asing di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keamanan negara.
7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilangan jalan raya utama dengan jumlah peruntukan yang akan dilaksanakan dalam tahun 2013-2014 bagi meningkatkan
rangkaian jalan yang lebih baik dan lebih banyak dalam kawasan Parlimen Ranau.
8. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kejayaan yang telah dicapai untuk mengawal perdagangan hidupan liar secara haram.
9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian menyedari bantuan sampan fiber yang diberi
kepada nelayan adalah terlalu kecil (hanya berukuran 18 kaki) daripada yang diberikan terdahulu. Jika ia terlalu kecil, adakah Kementerian bercadang untuk mengganti dengan sampan fiber baru yang mempunyai lebih ciri-ciri keselamatan.
10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana PEMANDU dapat mempertahankan hujahnya bahawa Malaysia telah mencapai 62.5% liputan jalur lebar di seluruh negara dengan menggunakan kelajuan 256kbps sebagai Garisukur Jalur Lebar Malaysia sedangkan banyak negara maju telah mensyaratkan 2Mbps sebagai definisi perkhidmatan 'Broadband'.
11. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah telah dipertimbangkan permohonan negeri Sarawak untuk mengendalikan (to operate) perkhidmatan penerbangan.
12. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan Projek Pembinaan Loji Tenaga Nuklear:-
(a) apakah peringkat kesediaan untuk projek ini; dan
(b) dalam rancangan Kementerian, berapa buah loji tenaga nuklear akan dibina, nyatakan lokasi-lokasi yang
dicadangkan.
Soalan MP PAS yang senaraikan:
30. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia khususnya melalui pertubuhan serantau ASEAN
dalam menangani pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.
c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2012) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus
empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran
perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (1 Oktober, 2012)
2. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” ( 27 September , 2012 )
[ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]
4. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]
0 comments:
Post a Comment