Dewan Rakyat 15 Okt 2012 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) projek atau program yang dilaksanakan melalui pendekatan “Blue Ocean Strategy”; dan
(b) kesan terhadap kewangan Kementerian, rakyat dan apa perancangan seterusnya.[ Soalan Tambahan : BN Lenggong, DAP Bukit Bendera ]
2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) tarif terkini elektrik untuk semua kategori pengguna; dan
(b) bila dan bagaimana pelarasan tarif dilakukan oleh TNB dan nyatakan tahun pelarasan dilakukan. [ Soalan Tambahan : PAS Padang Terap, BN Silam]
3. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan operasi yang dijalankan oleh Kementerian bagi membendung lambakan GRO (guest relations officer) di Labuan dan usaha bersepadu bagi menurunkan kadar kemasukan pekerja GRO daripada membanjiri Pulau Labuan.[ Soalan Tambahan : Labuan ]
4. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jenis bantuan yang diberikan bagi membantu Kerajaan negeri Kelantan membina lebuh raya Kota Bharu - Kuala Krai dan sebuah stadium bola sepak yang bersesuaian dengan keperluan negeri itu sekarang.[ Tidak Hadir ]
5. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah warga emas yang masih ditempatkan di Rumah Orang-orang Tua di seluruh negara, berapakah kos yang dikeluarkan Kerajaan bagi setiap Rumah Orang-orang Tua berkenaan dan apakah usaha Kerajaan bagi mendekatkan semula mereka ini dengan anakanak mereka jika masih ada. [ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Batu Gajah ]
6. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan Kerajaan mengenai kekhuatiran Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) tentang kedudukan bekalan (availability) perumahan yang mampu milik (affordable housing RM150,000-RM300,000) khususnya di Lembah Klang, sementara menyaksikan penggunaan tanah-tanah milik kerajaan membangunkan projek-projek mewah bersifat 'high-end' termasuk projek multi-bilion Tun Razak Exchange.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor, BN Johor Bahru ]
7. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kementerian dapat menyediakan bekalan air di bawah program pembangunan luar bandar kepada penduduk-penduduk seramai 34 keluarga di Kampong Sungai Penderam yang sudah memohon dan menunggu sejak tahun 2002 dan seramai 28 keluarga, 126 orang penduduk orang asli di Kampong Pasir Salam di Kawasan Parlimen Tebrau.[ Soalan Tambahan : BN Tebrau ]
8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan dengan terperinci mengenai projek Homestay di Parlimen Balik Pulau terutama kos, tempat, bilangan, penganjur, pengunjung dan pencapaian daripada segi pendapatan ekonomi kepada penduduk tempatan semenjak ianya dimulakan sehingga sekarang. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Jempol ]
9. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah dan statistik para pelajar yang terlibat dengan pusat kecemerlangan khusus untuk pengajian dalam bidang industri minyak dan gas di Institut Kemahiran Belia Negara, Bandar Penawar serta jumlah anak tempatan yang telah berdaftar serta pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan semua pelajar yang telah tamat kursus pengajian diserapkan untuk bekerja di projek pembangunan RAPID, Pengerang. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang ]
10. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) pencapaian yang telah diperoleh SME CORP Malaysia, SME Bank dan MARA dalam pembangunan IKS di Baling; dan
(b) senaraikan program-program usahawan dan kerjasama strategik jabatan-jabatan Kerajaan berkaitan bagi menjayakan pencapaian ini. [ Soalan Tambahan : PAS Baling ]
11. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa 2 juta yang diluluskan kepada SK Skim Skrang oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam lawatan beliau semasa pilihan raya umum Negeri Sarawak 2010 belum ditunaikan hingga sekarang.[ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu ]
12. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menyambungkan sistem rawatan kumbahan utama dan sekunder di Jeti Klan Pengkalan Weld, Pulau Pinang yang merupakan tempat pelancongan utama dan adakah menteri berpuas hati bahawa kumbahan yang tidak dirawati mencemari sungai-sungai dan laut, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil. [ Tidak Hadir ]
13. Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan akses orang pekak kepada pendidikan mengikut Perkara 28 Akta Orang Kurang Upaya (Akta 685) dan pencapaian mereka semasa di bawah BKUN Meningkatkan Pencapaian Pelajar. [Dikemukakan tanpa soalan tambahan]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapa Kerajaan menyerahkan Blok L & M kepada Brunei Darussalam sedangkan dalam Production Sharing Contract Petronas dengan jelas menunjukkan bahawa Blok L dan M telah diberikan kepada Murphy Oil oleh Petronas untuk diterokai dan adakah penyerahan kepada Brunei itu berlaku kerana Petronas cuai atau adakah Kerajaan Malaysia yang melakukan kesalahan.
22. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan terkini mangsa tahanan ISA yang masih ditahan dan bila mereka akan dibebaskan
setelah Akta ISA dihapuskan.
29. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah pelaburan dua (2) syarikat yang mengendalikan pemasangan kamera untuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.
Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.
Usul 77 c & D mengenai Laporan Ketua Audit Negara oleh DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat
Penggulungan kementerian bagi peringkat Dasar :-
[ Kementerian Pelajaran - Bebas Pasir Mas, PKR Lembah Pantai, BN Arau, PAS Sik, PKR Lembah Pantai , Bebas Pasir Mas, Bebas Bagan Serai, PAS Rantau Panjang, DAP Ipoh Barat, PAS Sik, PAS Padang Terap, DAP Serdang,, PAS Sik ]
Jabatan Perdana Menteri -
[ Menteri Undang2 - DAP Seputeh ] [ rehat ]
[ Menteri Undang2 - DAP Puchong, DAP Taiping, DAP Seputeh, PAS Kota Raja, DAP Puchong, DAP Ipoh Barat, PKR Permatang Pauh, Bebas Pasir Mas, PKR Batu, Bebas Bayan Baru, Bebas Pasir Mas, PAS Shah Alam, DAP Ipoh Barat ]
[ Menteri Perpaduan - BN Sri Gading, PAS Kota Raja, Bebas Padang Serai, PAS Kota Raja, Bebas Padang Serai, Bebas Wangsa Maju, Bebas Padang Serai, Bebas Wangsa Maju, Bebas Bayan Baru, Bebas Bagan Serai, Bebas Padang Serai, Bebas Wangsa Maju, Bebas Bayan Baru ]
[ Kementerian ]
0 comments:
Post a Comment