Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Bung
Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan tentang prosedur pinjaman kewangan institusi kewangan
seperti SME Bank, MTDC dan Bank Pembangunan yang jelas menyulitkan bantuan
Kerajaan kepada usahawan tempatan. [ Soalan Tambahan : BN Kinabtangan, BN Kota Belud ]
2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [
Balik Pulau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan apakah tahap hasil tangkapan nelayan dan perancangan
Kementerian untuk menambahkan hasil tangkapan nelayan-nelayan di sekitar Parlimen
Balik Pulau. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, DAP Bakri ]
3. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]
minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah warga
Sabah yang telah terpilih menjawat jawatan guru dan ditugaskan di
Sabah. [ Soalan Tambahan : BN Tenom, Bebas Sepanggar ]
4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan berasingan ahli-ahli
Kabinet, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Menteri-menteri Besar, Ketuaketua Menteri, Ahli Parlimen, Senator, Ahli
EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia kerana rasuah. [ Soalan Tambahan : DAP Cheras, BN Kota Belud ]
5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang
] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah
yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengawal penubuhan
institusi dan kolej
pengajian tinggi swasta yang begitu banyak ketika ini. Apakah usaha yang
diambil bagi memastikan IPTA Swasta itu mematuhi peraturan yang
ditetapkan. [ Soalan Tambahan : BN Sipitang, DAP Kepong ]
6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [
Bayan Baru ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada
Kementerian akan menimbang untuk mengadakan Rukun Negara sebagai satu subjek pembelajaran
di sekolah-sekolah khususnya di peringkat menengah atasan.
[ Soalan Tambahan : Bebas Bayan Baru ]
7. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah R&R yang telah
dilaksanakan sepanjang Pan Borneo Highway. [ Soalan Tambahan : BN Lawas ]
8. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah
Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar
bahawa seorang isteri yang didapati bersalah melakukan nusyus akan tetap
diutamakan dalam soal hak penjagaan anaknya. [ Soalan Tambahan : PAS Shah Alam ]
9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan parameter-parameter untuk
mengukur kejayaan Gagasan 1Malaysia terutamanya dari segi jurang ekonomi
antara masyarakat
bandar dan luar
bandar serta diskriminasi perkauman. [ Soalan Tambahan : ]
10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin
Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN
KEBUDAYAAN menyatakan kenapa Pejabat Pos Trong, dalam DUN Trong,
Parlimen Bukit Gantang masih mempunyai kerani pos dalam
"kontrak", sedangkan di situ banyak sekolah, kampung dan masyarakat
Melayu Luar Bandar. Kenapa di Pejabat Pos Trong, operasi Jabatan
Pengangkutan Jalan
hanya beroperasi hanya pada hari Rabu sahaja. [ Soalan Tambahan : ]
11. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [
Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah
Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan peruntukan Akta
Bank dan Institusi
Kewangan (BAFIA)
bagi mengembalikan semula keyakinan para pelabur selepas insiden
pembocoran maklumat pelanggan oleh seorang pemimpin pembangkang baru-baru
ini. [ Soalan Tambahan : ]
12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok
Intan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN
BANDAR menyatakan :-
(a) jumlah anggota
Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dikenakan tindakan tahan
kerja dari tahun 2008 hingga hari ini; dan
(b)
kesalahan-kesalahan yang mereka telah disyaki dilakukan mengikut pecahan
jenis kesalahan dan
pangkat mereka.
[ Soalan Tambahan : ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
24. Dato'
Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan sedar Syarikat Bumiputera Berprestasi
Tinggi (TERAS) begitu sukar mendapat tempat di pasaran terbuka disebabkan
persaingan sengit dengan pelabur-pelabur luar dan jika sedar, apakah
langkah-langkah yang diambil.
28. Tuan Haji
Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapakah NGO berdaftar yang terdapat di dalam negara
kita dan adakah pemantauan dibuat terhadap
aktiviti dan juga
dana yang mereka perolehi khasnya dana dari luar negara.
33. Dr. Haji
Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah risiko
daripada penurunan harga minyak mentah akan ditanggung oleh kedua-kedua
belah pihak Risk Sharing Contract (RSC) (Petronas dan
pemegang konsortium) atau Petronas sahaja; dan
(b) berapakah
anggaran keseluruhan terbaru yang dikemukakan oleh konsortium Sapura
Kencana-Petrofac untuk projek Berantai dan perbezaan jumlah
serta peratusan 'cost overrun' berbanding kos yang dikemukakan
sewaktu bidaan.
36. Tuan
Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh mana dibuat kajian terhadap nasib dan mata pencarian
penduduk selepas diambil tanah mereka serta dipisahkan dari
sumber pendapatan mereka untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan
Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang dan sejauh manakah
kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat projek itu.
38. Tuan Haji
Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pengenalan
SAPS, APDM dan E-Kehadiran mengambil masa yang banyak, tugas pengajaran
dan pembelajaran guru selalu terabai. Apakah langkah kementerian untuk
mengatasi perkara ini.
41. Dato'
Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan tarikh sebenar Jambatan ke 2 Sultan Yahya Petra, Kota
Bharu dicadang dibuka untuk penggunapengguna jalanraya.
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai menjawab Perbahasan Peringkat Dasar dan diluluskan Agenda Mesyuarat ke-4.
c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang
Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula
Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2012) DAN
Usul
dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan
2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah
diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang
bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan
senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Oktober,
2012)
[ Kem. Perumahan & Kerajaan Tempatan - PKR Ampang, DAP Bakri, PAS Kuala Selangor, DAP Taiping, PAS Kuala Selangor, DAP Taiping, PKR Indera Mahkota, Bebas Padang Serai, PKR Ampang, BN Kuala Krau, DAP Taiping, DAP Bakri, BN Tenggara, DAP Taiping, PAS Shah Alam, BN Sibuti, PAS Kuala Selangor, Bebas Pasir Mas, DAP Segambut ]
[ Kem. Kewangan - ( Sumber Baru) PKR Indera Mahkota - Bersambung ]
[ Rehat ] [ Kem. Kewangan - PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud, PAS Kuala Selangor, PKR Kuala Selangor, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, DAP Bukit Bendera, PKR Indera Mahkota, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Batang Sadong, BN Hulu Selangor, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus
Dewan ditangguhkan pada jam 4.10 minint petang.
0 comments:
Post a Comment