Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Wira
Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) nilai dagangan
dua hala (eksport dan import) ke negara Eropah dan Amerika Syarikat
sehingga Jun tahun 2012; dan
(b) apakah kesan
yang diramal bakal dialami oleh perkembangan ekonomi negara jika
Eurozone Debt Crisis di Eropah dan kelembapan ekonomi di Amerika
Syarikat berterusan. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, DAP Ipoh Barat ]
2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala
Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai keputusan Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dikatakan akan menarik semula
kira-kira 7,000 permit teksi yang dikenali sebagai tidak aktif dan memberi
kepada pemandu teksi persendirian. Apakah justifikasi dan kajian dibuat
sebelum tindakan ini dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Sri Gading ]
3. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam
] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan apakah tindakan yang diambil supaya perindustrian minyak
sawit Malaysia terus berdaya saing ekoran perubahan struktur cukai eksport
Indonesia ke atas produk minyak sawitnya. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, DAP Taiping, PAS Kuala Selangor ]
4. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ]
minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan bilakah perkhidmatan 4GLTE akan dilaksanakan secara komersil
di seluruh negara. Berapakah jumlah pelaburan yang telah ditanamkan oleh
semua pelesen SKMM, terutama sekali jumlah tanaman modal daripada
pengusaha-pengusaha kecil seperti AsiaSpace, U-Mobile, Packet 1 dan
RedTone. [ Tidak Hadir ]
5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin
Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) senaraikan
golongan yang mendapat tawaran 'pink form' dalam proses penyenaraian FELDA
Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia; dan
(b) apakah
syarat-syarat kelayakan untuk mendapat tawaran berkenaan. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Bakri ]
6. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail [
Machang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan apakah komponen utama dalam Dasar Automotif Negara (NAP)
2012 yang kini sedang disemak semula dan apakah Kerajaan bercadang
mengurangkan duti eksais kenderaan di negara ini. [ Soalan Tambahan : PKR Machang, BN Arau ]
7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ]
minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan Kementerian
meluluskan jalan dari Bukit Kayu Hitam, Semangkoi hingga ke Bandar Sarikei
sedangkan jalan raya adalah berselekoh bahaya dan tajam. Sedangkan
sebahagian daripada adalah Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak
dan telah dimohon sejak 2008. [ Soalan Tambahan : BN Sarikei, DAP Bandar Kuching ]
8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [
Ampang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan mengapakah Malaysia tidak bersama lima negara anggota
Asean dalam Kesatuan Pedagang Beras sedangkan Malaysia adalah negara
pengeluar beras.[ Soalan Tambahan : ]
9. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [
Alor Gajah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan sekiranya krisis kekurangan air dirawat di negeri
Selangor berterusan, berapa banyak kerugian serta kos dijangka akan
ditanggung oleh rakyat serta Kerajaan. [ Soalan Tambahan : ]
10. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [
Bagan Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah
sambutan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA). Nyatakan jumlah pencarum dan
juga jumlah pencaruman yang terkumpul. [ Soalan Tambahan : ]
11. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit
] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan
keluasan tanah adat peribumi (NCR) di negeri
Sarawak yang sudah siap di survey mengikut kawasan
Parlimen di bawah program Perimeter Survey yang telah dilancarkan
dua tahun yang
lalu dan juga jumlah peruntukan yang telah digunakan. [ Soalan Tambahan : ]
12. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]
minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah
terkini Kerajaan untuk menjayakan perjuangan rakyat Palestin.
[ Soalan Tambahan : ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
18. Dr. Mohd
Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
rasional mewujudkan Jawatankuasa Mengkaji Pemberian Royalti Petroleum
kepada negeri yang terdapat bahan petroleum tersebut memandangkan telah
terdapat perjanjian yang sah antara Petronas dan Kerajaan
Negeri.
20. Tuan Haji
Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan
isu beban tugas guru menjadi isu panas secara bermusim, apakah
langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini dan adakah
Kerajaan telah menempatkan pegawai kerani khas N11, N17, N22 dan N26 untuk
membantu kerja perkeranian. Jika sudah, sebutkan bilangan sekolah yang
mendapat kemudahan ini.
28. Dato' Dr.
Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta
MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai jumlah kos peralatan ICT untuk
program PPSMI sehingga kini termasuk software dan hardwarenya
serta di mana status pembelajaran PPSMI kini.
32. Dr. Che
Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
mengapakah kemudahan katil di wad hospital-hospital dalam Parlimen Hulu
Langat (Kajang, Serdang dan Putrajaya) masih belum mencukupi sehingga
terpaksa menumpang wad di Hospital Seremban.
34. Dato'
Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah
keseluruhan jabatan, agensi serta GLC Kerajaan Persekutuan yang hingga
kini masih menyewa premis parti-parti politik di peringkat pusat dan
negeri-negeri; dan
(b) senaraikan
pecahan kos sewa bulanan/tahunan dan kadar sekaki persegi sewa tersebut
termasuk tempoh sewa atau pajakan yang termaktub dalam perjanjian sewa
atau pajak dan nyatakan sama ada perjanjian masih aktif atau tidak.
37. Dato'
Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah langkah
pembaikan yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam pemberian kuota
beras nasional ST15% dan senaraikan syarikat atau individu yang mendapat
kuota beras ST15 dan nyatakan jumlah yang diperoleh oleh setiap syarikat dan
individu; dan
(b) apakah langkah
pembaikan yang dilakukan Kementerian dalam program pembekalan benih padi
sah kepada petani, senaraikan juga syarikat yang dilantik mengikut agihan
kuota untuk membekal benih padi sah pada petani.
38. Tuan
Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) tahap
keciciran di sekolah-sekolah kendalian Kementerian di seluruh negeri
Kelantan; dan
(b) apakah
faktor-faktor keciciran yang dikatakan semakin meningkat berdasarkan
kajian pihak Kementerian.
39. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan
Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini
urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya oleh SPR.
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu
di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa
Sebuah-buah Majlis (23 Oktober, 2012)
Perbahasan Peringkat Jawatankuasa -
[ Kementerian Luar Negeri :- PAS Tumpat, BN Libaran, Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan, DAP Seputeh, BN Arau, PAS Kubang Kerian, DAP Bukit Bendera, PKR Indera Mahkota ]
[ Rehat ] [ Bebas Tawau, BN Kota Belud, Bebas Padang Serai ] [ Penggulungan - BN Arau, BN Tangga Batu, DAP Teluk Intan ]
[ Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi :- Bebas Padang Serai, BN Arau, PAS Kota Raja, BN Sri Gading, DAP Beruas, BN Lubuk Antu, PAS Hulu Langat, BN Lipis, PAS Kuala Selangor, BN Sekijang, BN Tenom, BN Kuala Krau, BN Sibuti ]
[ Penggulungan - Bebas Padang Serai, BN Arau, DAP Beruas, PAS Kuala Selangor, BN Jasin ]
[ Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, DAP Kepong, BN Kota Belud, DAP Kota Melaka, BN Hulu Terengganu, DAP Beruas, BN Langkawi, Bebas Padang Serai, BN Tenom ]
Dewan ditangguhkan pada jam 6.36 petang.
0 comments:
Post a Comment