Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Dato' Haji
Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah produk yang
telah
ditarik balik
daripada pengeluaran sejak lima tahun lepas dan mengapakah makluman
tentang produk-produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan
penarikan balik daripada pasaran oleh agensi-agensi
Kerajaan yang berkaitan tidak didedahkan kepada pengguna secara
berterusan. [ Soalan Tambahan : BN Maran, BN Tebrau ]
2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ]
minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang
penyelewengan dan penyalahgunaan Kuasa Akta Pengambilan Tanah Negara oleh
berapa buah Kerajaan negeri:-
(a) nyatakan
tujuan-tujuan utama yang dibenarkan untuk setiap projek yang melibatkan
pengambilan tanah; dan
(b) apakah
tindakan yang akan diambil terhadap Kerajaan Negeri atau agensinya, jika
tujuan pengambilan asal telah ditukar. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Ledang ]
3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah ahli-ahli panel Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mendapat pembelaan daripada
Kerajaan. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, DAP Ipoh Barat ]
4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu
Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah
status tebatan banjir yang telah dilaksanakan semenjak 2008 hingga kini
yang belum dapat mengatasi masalah banjir di Lembah Klang. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat ]
5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ]
minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah Akta Majlis
Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji) mengenai pengawal keselamatan
tahun 2010 mengikut geografi yang telah ditetapkan dalam Jadual Sub
Perenggan 2(1) bakal dikuatkuasakan. [ Soalan Tambahan : BN Parit, BN Kinabatangan ]
6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai
Siput ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada
wujudnya unsur ingin menipu para pekerjanya dalam keputusan Time Dotcom
Bhd untuk menjual
sebahagian
daripada perniagaannya ke Paycomm Network Sdn Bhd memandangkan Paycomm
Network telah memberhentikan semua pekerjanya dalam tempoh 6 bulan selepas
mengambil alih perniagaan
tersebut.
[ Soalan Tambahan : PSM Sungai Siput, ]
7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ]
minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar
dan pensyarah luar negara di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut bidang kursus
sehingga September 2012. [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PAS Kubang Kerian ]
8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]
minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan bagaimana FINAS boleh membiayai filem Tanda Putera yang
didakwa
membangkitkan isu
perkauman 13 Mei 1969. [ Soalan Tambahan : PKR Kelana Jaya, BN Bukit Katil ]
9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [
Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pihak Kementerian
bercadang menaikkan kadar kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM5000
ke bawah untuk memohon Rumah Mesra Rakyat bagi membolehkan
lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri. [ Soalan Tambahan : BN Lipis ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
14. Dr.
Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan perkembangan Klinik Satu Malaysia dan masalah yang
dihadapi.
20. Dato'
Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah
Agama Negeri (SAN) yang telah berdaftar dengan Kementerian sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada
SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK.
38. Tuan
Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apa maksud jawatankuasa khas berhubung isu bayaran royalti
hasil petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Giliran Menjawab Kementerian Kewangan pada peringkat Jawatankuasa.
Usul 36(12) bahawa mana-mana ahli dewan mengelirukan dewan. - DAP PJU, PAS Shah Alam, DAP Bukit Mertajam, PKR Batu, DAP PJU, DAP Seputeh
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan
atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan
di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (22 Oktober, 2012)
[ Kementerian Kewangan - PKR Permatang Pauh, BN Arau, DAP Bagan BN Jelebu ][ Rehat ] [ Bebas Tawau, BN Jasin, DAP Batu Gajah, PKR Machang, BN Kinabatangan, Bebas Wangsa Maju, PAS Kuala Selangor, BN Rembau, DAP Bukit Mertajam, PKR Indera Mahkota, PAS Kubang Kerian, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, DAP Bandar Kuching, BN Sibuti, DAP Bukit Bendera ]
[ Penggulungan - PKR Indera Mahkota, PKR Lembah Pantai, PKR Machang, PKR Lembah Pantai, PKR Machang, DAP Kota Melaka, Bebas Wangsa Maju, DAP Kota Melaka, BN Hulu Terengganu, DAP Bukit Bendera, DAP Batu Gajah ]
Dewan ditangguhkan pada jam 7.20 malam.
0 comments:
Post a Comment