Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Dato'
Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
mengadakan program belia yang lebih berfokus terutamanya di kawasan luar
bandar tidak hanya secara bermusim
supaya hasrat dan
aspirasi Kerajaan direalisasikan sepenuhnya khususnya melahirkan
kekitaan belia yang lebih berkesan. [ Soalan Tambahan : BN Arau, PAS Rantau Panjang, BN Kalabakan ]
2. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan
Kementerian untuk memajukan lagi Pelabuhan Tok Bali. [ Soalan Tambahan : PAS Tumpat ]
3. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [
Sepang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah
perancangan pihak Kementerian dalam memastikan kemasukan pelajar asing
yang ingin menyambung pengajian di negara ini benar-benar melalui tapisan
yang sewajarnya yang secara tidak langsung dapat mengelakkan
daripada berlakunya masalah di kemudian hari. [ Soalan Tambahan : BN Sepang ]
4. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [
Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan
nama-nama Sekolah di Negeri Terengganu yang berkaitan dengan perkara berikut
:-
(a) telah
dikeluarkan tender bagi pembinaan blok gantian baru dan bangunan blok
tambahan baru pada tahun 2007 hingga kini tetapi dibatalkan pembinaannya
dan jumlah kos yang terlibat; dan
(b) telah siap
dibina tetapi ada bangunan blok yang tidak boleh digunakan kerana berlaku
mendapan tanah dan apakah usaha mengatasinya serta kos yang
terlibat. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu, BN Maran ]
5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang sedang dan akan dibuat
oleh Kerajaan untuk membangunkan sektor maritim negara secara
teratur
berdasarkan konsep
kelestarian dengan tujuan meletakkan Malaysia di kalangan negara-negara
maritim utama di dunia. [ Soalan Tambahan : BN Silam ]
6. Tuan Charles Anthony a/l R.Santiago [
Klang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan siapakah penaja iklan 'My Choice Malaysia' yang
diiklankan dalam
media elektronik
dan media cetak setiap hari dalam bulan Julai dan Ogos 2012.
Bukankah iklan ini melanggar undang-undang pilihan raya memandangkan
Malaysia akan menghadapi PRU 13 dalam masa yang terdekat. [ Tidak Hadir ]
7. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pemandu teksi yang
terdapat di seluruh negara dan berapa syarikat yang dikeluarkan permit
teksi yang dipajak oleh pemandu berkenaan serta sejauh manakah status
terkini keputusan penghapusan sistem pajakan permit teksi yang
dimonopoli syarikat tertentu sebagaimana yang diumumkan Kerajaan sebelum
ini. [ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Bukit Bendera ]
8. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani
] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah
usaha-usaha Kerajaan bagi membanteras gejala menjual ijazah palsu di
negara ini; dan
(b) adakah
Kerajaan berhasrat menyiasat kesahihan ijazah yang dimiliki oleh penjawat
awam, termasuk Ahli Parlimen. Jika mereka didapati bersalah apakah
tindakan yang di cadang akan diambil. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Kinabatangan ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
29. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk
melaksanakan GST pada tahun depan.
c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang
Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula
Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang” (16 Oktober, 2012) DAN
Usul
dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Oktober, 2012)
[ Penggulungan - Kem. Pertanian & Industri Asas Tani - ]
[ Kem. Pertahanan - ] [ Rehat ]
[ Kem. Kerja Raya - DAP Bandar Kunching, Bebas Padang Serai, Bebas Tawau, DAP Bandar Kuching, PAS Padang Terap, Bebas Pasir Mas, PAS Tumpat, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, PKR Ampang ]
[ Kem. Kesihatan - DAP Kota Melaka, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka, PAS Pendang, DAP Kepong, BN Sri Gading, PAS Shah Alam, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Shah Alam, DAP Bukit Mertajam, PAS Pendang, BN Sri Aman, BN Tebrau, BN Tenggara, BN Hulu Rejang, BN Tenggara ]
[ Kem. - Belia & Sukan - BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, DAP Seremban, DAP Bakri, PAS Padang Terap, DAP Batu Gajah ]
[ Kem. Sumber Manusia - DAP Bukit Bendera, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, DAP Bukit Bendera, BN Kapit, PAS Kuala Selangor, ... DAP Bukit Bendera, PAS Kuala Selangor, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh barat, PAS Kuala Selangor, PKR Kuala Langat, PAS Kuala Selangor, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, PKR Ampang, DAP Ipoh Barat ]
[ Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan - PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, Bebas Wangsa Maju, PKR Indera Mahkota, PKR Lembah Pantai, PKR Balik Pulau, BN Arau, DAP Rasah, PKR Balik Pulau, BN Bukit Katil, DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, BN Kapit ]
[ Kem. Pengangkutan - (Air Asia) BN Kinabatangan, Bebas Wangsa Maju, BN Arau, Bebas Padang Serai, DAP Kota Melaka, Bebas Wangsa Maju, Bebas Padang Serai, DAP Rasah, BN Kinabatangan, DAP Rasah, (AES) BN Arau, BN Sri Gading, BN Kinabatangan, PAS Shah Alam, BN Johor Bahru, DAP Kepong, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, Bebas Wangsa Maju, Bebas Padang Serai, BN Sri Gading, Bebas Padang Serai, DAP Batu Gajah, BN Johor Bahru, DAP Batu Gajah, PAS Shah Alam, BN Kota Belud ]
[ Kem. Luar Negeri - (Rohingnya) PAS Shah Alam, (MILF) BN Kota Belud, PAS Shah Alam, BN Kota Belud, PAS Shah Alam, BN Jasin ]
[ Kem. Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar - DAP Seputeh, Bebas Padang Serai, Bebas Wangsa Maju, Bebas Padang Serai ]
[ Kem. Perumahan & Kerajaan Tempatan - Bersambung ... ]
0 comments:
Post a Comment